CARI KANDUNGAN BLOG

ABU MUSLIM AL-KHURASANI

August 14, 2018

Beliau adalah tokoh penting dalam menumbangkan dinasti Bani Umayyah dan menegakkan dinasti baru iaitu Bani Abbasiyyah. Nama sebenar beliau adalah:

ABDUR RAHMAN BIN MUSLIM/ ABDUR RAHMAN BIN OTHMAN BIN YASAR

Pencapaian beliau sangat menakjubkan. Dia meninggalkan Syam menuju ke Khurasan dengan hanya menunggang kaldai . Tetapi 9 tahun di Khurasan, dia kembali semula dengan tentera  yang ramai sehingga dapat meruntuhkan kerajaan Bani Umayyah

Beliau dihitung sebagai seorang raja yang hebat sehingga diriwayatkan Al-Makmum (Khalifah Abbasi) pernah berkata: Raja besar di bumi ini ada tiga iaitu, Iskandar, Izdasyir dan Abu Muslim Al-Khurasani.

Mengenai asal bangsanya, pasa sejarawan sepakat mengatakan dia berbangsa Parsi. Cuma mereka berbeza tentang keturunan siapakah dia?  Ada pendapat mengatakan dia adalah keturunan raja Parsi, Yazdasyir.

Kata Imam Az-Zahabi dalam Siyar A'lam An-Nubalaa':


كان أبو مسلم سفاكا للدماء يزيد على الحجاج في ذلك وهو أول من سن للدولة لبس السواد
Abu Muslim itu lebih banyak menumpahkan darah berbanding Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi dan beliau adalah orang yang pertama membuat sunnah berpakaian hitam dalam kerajaan.


Abu Muslim telah dibunuh dengan tipudaya oleh khalifah Abbasiyyah yang kedua iaitu Abu Ja'far Al-Mansur. Kisahnya pembunuhnannya masyhur dalam kitab-kitab sirah seperti Al-Bidayah wan Nihayah. Ketika dia mati terbunuh, umurnya 33 tahun. Mayatnya dikatakan dibuang ke dalam sungai Dajlah.

Dengan matinya Abu Muslim, selesai seteru politik paling mengancam bagi khalifah Abu Jaafar Al-Mansur. Dengan itu dia dapat memperteguh pegangannya atas kekuasaan kerajaan. Kerana itulah, Abu Jaafar Al-mansur dianggap sebagai pengasas sebenar daulah Abbasiyyah yang berdiri lebih 600 tahun di persada dunia.



2 comments:

ali September 5, 2018 at 3:28 PM  

thank you
www.ju.edu.jo

ali September 5, 2018 at 3:34 PM  


Thanks for your Information!
University of Jordan
http://www.ju.edu.jo/home.aspx

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP