CARI KANDUNGAN BLOG

7 Surah Panjang (As-Sab'ut Tiwal)

March 26, 2021

7 Surah panjang dalam Quran ialah Al-Baqarah, Ali Imran, An-Nisa', Al-Maidah, Al-an'am, Al-A'raf dan Al-Anfal+ Al-Bara'ah.

Al-Anfal dan Al-bara'ah diangga[ satu surah kerana antara keduanya tiada Basmallah. Jika Al-Anfal sahaja, ianya cuma ada 75 ayat. Jika dicampur dengan Surah Al-Bara'ah yang mengandungi 129 ayat, maka jadilah ayat dua surah ini 204 ayat.

Imam Ibn Kasir ada menyebutkan pandangan lain daripada Mujahid yang  meyebutkan bahawa Surah panjang yang ketujuh adalah Surah Yunus. Namun pandangan ini tidak kuat jika kita melihat jumlah ayatnya. Surah Yunus ada 109 ayat dan itu lebih sedikit bernading surah selepasnya iaitu surah Hud yang mengandungi 123 ayat. Malah surah Yunus itu ayatnya lebih sedikit daripada surahAl-Bara'ah. 

 

Satu tafsiran mengenai maksud Sab'ul Mathani yang disebutkan dalam Quran, ia merujuk kepada tujuh surah panjang ini. Namun ada tafsiran lain menyebutkan bahawa Sab'ul Mathani itu adalah Surah Al-fatihah kerana jumlah ayatnya tujuh ayat. Tafsiran yang menyatakan ianya Surah Al-fatihah , itulah yang masyhur.

 



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP