CARI KANDUNGAN BLOG

MAKNA HADIS: ADLAJ

August 19, 2021

من خاف أدلج، ومن أدلج بلغ المنزل، ألا إن سلعة الله غالية، ألا إن سلعة الله الجنة


" Siapa yang takut dirinya ditemui oleh perompak jalanan, tentu dia akan berjalan dengan cepat di awal malam atau akhir malam. Siapa yang buat demikian, daia akan sampai ke rumahnya.Ketahuilah bahawa dagangan Allah itu harganya mahal. Dagangan Allah itu adalah syurga".


(Hadis riwayat Tirmizi dan Al-Hakim )




Adlaj maksudnya keluar memulakan perjalanan di awal malam . Pada saat itu biasanya tubuh badan dalam keadaan cergas. 

Orang yang berjalan menuju Allah diumpamakan seperti orang berjalan dengan bersungguh-sungguh dalam perjalanannya. Perjalanan yang mungkin dirompak dalam perjalanan, perlulah dihadapi dengan perancangan masa perjalanan dan kesungguhan melaksakanannya. Ia tidak boleh perjalanan yang penuh keraguan, maju mundur dan malas-malasan.

Sifat malas, tidak yakin dan lemah dalam perjalanan, itu bukan adlaj!

Pepatah Melayu menyebut: KALAU HENDAK SERIBU DAYA, KALAU TIDAK MAHU SERIBU DALIH

Untuk dapat syurga bukan boleh main-main. Syurga itu jualan Allah yang mahal harganya. Masakan boleh kau beli barang maham itu dengan malas-malasan dalam perjalanan hidup dunia ini. 

Ayuh, bangkitlah dan cepatkan langkahmu. Ertinya jangan berlengah!

Kalau masuk waktu solat, segera solat.
Kalau sudah azan dilaungkan di masjid/surau,l cepat melangkah ke sana.
Kalau ada kelebihan harta, cepatkan sedekah.
Berlumbalah dalam buat kebaikan dan jangan tahu berlumba kejar dunia sahaja.

Itulah maknanya anda adlaj. Hanya mereka yang adlaj akan sampai ke rumahnya dengan selamat!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP