CARI KANDUNGAN BLOG

Raja Ghassan mengumpan Ka'ab bin Malik

August 8, 2022

Ketika Ka'ab bin Malik dalam situasi yang sempit, dipulau oleh nabi dan kaum Muslimin Madinah, datanglah utusan Raja Ghassan membawa surat buatnya. Surat itu adalah surat tawaran kerajaan kafir untuk seorang muslim yang terbuang. Surat itu menawarkan suaka politik buatnya. Dalam surat itu Raja Ghassan menulis:

أما بعد قد بلغنا أن صاحبك قد جفاك ولم يجعلك الله بدار هوان ولا مضيعة فالحق بِنَا نواسك


" Adapun beritamu bahawa kamu telah dipulau oleh pemimpinmu dan Allah tidak sekali-kali akan menjadikan kamu dalam keadaan terhina dan disua-siakan. Ayuhlah, mari kepada kami dan kami akan rawat hatimu".


Namun, Kaab bukan orangnya yang boleh dipalingkan dari Islam. Tawaran raja Ghassan itu dapat dibaca muslihatnya. Itu hanyalah tabiat musuh Islam yang sentiasa mencari titik retak yang boleh dibelahkannya. Kaab membakar surat itu. Dia menegaskan bahawa bala yang sedang dihadapinya akan menjadi kian parah kalau dia gagal menguruskan bala baru yang sednag mengumpannya.

Kaab bin Malik seorang sahabat yang Siddiq. Yang benar dalam imannya.

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ



Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan jadilah kamu bersama orang-orang yang benar".

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP