CARI KANDUNGAN BLOG

TAFSIRAN QURAN YANG TERCELA

December 31, 2022

Antara tafsiran Quran yang tercela(mazmum) adalah sebagaimana yang dibuat oleh puak Muktazilah, Rafidhah, Batiniyyah dan lain-lain. Tafsiran mereka tercela kerana ia menyalahi usul tafsiir yang disepakati.

Ada dua sebab yang mendorong berlakunya tafsir Al-Quran yang mazmum ini:

1) Salah dalam iktikad akidah lalu cuba menafsirkan Quran untuk menegakkan iktikad yang salah itu. Jenis ada ada dua kategori:

a) Mereka yang menafikan lafaz Quran yang mennjukkan sesuatu makna

b) Mereka yang cuba menggunakan lafaz Quran untuk sesuatu maksud yang bukan dimaksudkan oleh Quran.

Maka, kedua-dua golongan ini membuat kesalahan: 
  • Kesalahan  dalam dalil dan juga madlul 
  • Mungkin hanya salah dalam dalil dan benar dalam madlul.

Contoh Salah dalam dalil dan madlul adalah tafsiran puak muktazilah ayat yang menafikan untuk nabi Musa melihat Allah.


لن ترانى


Ayat itu tidak ada kaitan dengan melihat Allah dia akhirat. Muktazilah menafikan bahawa Allah boleh dilihat berdasarkan ayat ini. Maka salahnya mereka adalah pada dalil kerana ambil ayat yang salah untuk menegaskan madlul mereka yang (Allah tidak boleh dilihat) yang salah.




Bagi contoh yang salah dalam dalil dan tidak dalam madlul adalah sebagaimana tafsiran kaum Sufi tentang ayat:


إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ ۚ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ

(Al-Baqarah :249)

Ayat ini dijadikan dalil bahawa dunia ini umpama sungai. Ada manusia yang gelojoh mengambil dunia. Ada pula yang menolak dunia. Ada juga yang ambil sekadar perlu. Ketiga-tiga jenis ini berbeza kedudukannya di sisi Allah. Inilah madlul yang cuba didalilkan dari ayat tersebut. Maka tafsiran seperti ini salah dari segi dalil. Ayat ini menceritakan kisah tentera Talut. Itulah maksud ayat. Bukan cerita mengenai tiga kelompok manusia dalam dunia. Namun, madlul yang dibawa adalah benar.Cuma jadikan makna ayat sebagai dalil, ia adalah salah dan mazmum dalam dunia penafsiran.


Satu penafsiran yang salah dari segi dalil dan madlul adalah ketika menghalalkan tarian berdasarkan ayat:


ارْكُضْ بِرِجْلِكَ


(Sad: Ayat 42)

Jadikan ayat dalil diharuskan tarian adalah salah. Madlulnya, yakni tarian yang dikatakan halal , itupun salah.


Perbahasan mengenai perkara ini boleh disemak dalam Kitab Al-Fusul Fi Usulit Tafsir Oleh Dr Sulaiman At-Toyyar, MS 49-51


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP