CARI KANDUNGAN BLOG

Nabi hidup pada zamannya!

May 12, 2025


وَلَٰكِنَّا أَنشَأْنَا قُرُونًا فَتَطَاوَلَ عَلَيْهِمُ الْعُمُرُ ۚ وَمَا كُنتَ ثَاوِيًا فِي أَهْلِ مَدْيَنَ تَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا وَلَٰكِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ


Surah Al-Qasas: 45


Allah menjelaskan dalam ayat ini sebab mengapa diceritakan kepada Nabi Muhammad SAW kisah-kisah ummat terdahulu. Ianya adalah kerana kisah ummat terdahulu itu telah luput daripada pengetahuan dek masa yang panjang dan zaman yang bersilih. 

Allah SWT menyatakan kepada Nabi Muhammad bahawa baginda tidak berada pada lokasi Madyan ketika mana Allah mengutuskan kepada mereka nabi Syuaib untuk mendakwahkan mereka ayat-ayat Allah.  Apa yang boleh diketahui mengenainya adalah hanya dengan jalan wahyu. Seorang nabi tidak mengetahui hal masa lalu kecuali dengan jalan wahyu.

Perkara masa lalu adalah di antara perkara ghaib yang hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Lalu, Dia mewahyukan kepada Nabi dan Nabi pun menjadi tahu mengenai hal tersebut.

Terkait jalan cerita yang membawa kepada ayat ini, Allah menegaskan bahawa Nabi SAW tidak berada di Madyan ketika berlaku episod Nabi Musa bersama Syeikh Madyan di mana Nabi Musa menolong anaknya dan berdomisil di sana lebih 10 tahun dan berkahwin dengan anak Syaikh Madyan tersebut.

Maka, berdasarkan ayat ini, kita menolak denagn tegas kepercayaan bahawa Nabi SAW Hadir dan Nazir sebagaimana yang ditanamkan oleh firqah Brelwi kepada pengikutnya hatta dipercayai oleh sebahagian kaum Muslimin. 

Nabi hidup pada zamannya dan dia tidak berada pada zaman yang bukan zamannya!

HARGA MINYAK DUNIA

WTI Minyak mentah
$61.19 ▼-0.05   -0.08%
2025.05.21 end-of-day

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP