June 2, 2026

Sujud yang diharamkan

 Sujud itu hanya kepada Allah. Tidak boleh sujud kepada makhluk. Dalam hadis, nabi Muhammad SAW menyatakan bahaw aandainya sujud kepada makhluk itu dibenarkan, maka sujud isteri kepada suami itu dibenarkan. Tapi, Islam melarang sujud kepada makhluk dan hanya benarkan ekpada Allah. 

Siapa sujud kepada selain Allah SWT, maka dia telah berbuiat syirik.

Alasan sebilangan orang yang membolehkan sujud kepada syeikh dengan alasan hormat dan tawadhu' tidak boleh diterima. Hakikat sujud adalah menyembah. Walau tidak berniat menyembah, mengambil perbuatan sujud itu untuk selain Allah SWT adalah salah.

Imam Nawai menyebutkan dalam fatwanya:

وسئل النووي - رحمه الله - عن السجود الذي يفعله بعض الناس بين يدي المشايخ ونحوهم ما حكمه: فأجاب عن ذلك بقوله: هو حرام شديد التحريم. وقال كذلك: إن ذلك حرام قطعا بكل حال سواء كان إلى القبلة أو غيرها وسواء قصد السجود لله تعالى أو غفل. وفي بعض صوره ما يقتضي الكفر عافانا الله تعالى

Imam al-Nawawi رحمه الله telah ditanya tentang sujud yang dilakukan oleh sebahagian orang di hadapan para syeikh dan seumpamanya; apakah hukumnya? Beliau menjawab: 'Ia haram, dan pengharamannya sangat berat.' Beliau juga berkata: 'Perbuatan itu haram secara pasti dalam semua keadaan, sama ada dilakukan menghadap kiblat atau selainnya, sama ada dia berniat sujud kepada Allah Taala ataupun tidak sedar (akan niatnya). Dan pada sebahagian bentuknya terdapat perkara yang membawa kepada kekufuran. Semoga Allah Taala memelihara kita.'
(Rujuk Majmu' Jil 4 Hal. 69)

Cuma difahami daripada perkataan Imam Nawawi ini sujud dengan niat ibadah itu jatuh kafir. Adapun jika niat bukan ibadah, ia haram yang bersangatan. 

Imam Ibn Qayyim juga menyebutkan:

وقال ابن القيم: ومن أنواع الشرك: سجود المريد للشيخ، فإنه شرك من الساجد والمسجود له. والعجب أنهم يقولون: ليس هذا سجود، وإنما هو وضع الرأس قدام الشيخ احتراما وتواضعا. فيقال لهؤلاء: ولو سميتموه ما سميتموه. فحقيقة السجود: وضع الرأس لمن يسجد له. وكذلك السجود للصنم، وللشمس، وللنجم، وللحجر، كله وضع الرأس قدامه

Ibn al-Qayyim berkata: 'Antara jenis-jenis syirik ialah sujud seorang murid kepada syeikhnya. Sesungguhnya ia adalah syirik bagi orang yang sujud dan juga bagi orang yang disujudi. Yang menghairankan, mereka berkata: Ini bukan sujud, tetapi sekadar meletakkan kepala di hadapan syeikh sebagai tanda penghormatan dan tawaduk. Maka dijawab kepada mereka: Walau apa pun nama yang kamu berikan kepadanya, hakikat sujud ialah meletakkan kepala kepada pihak yang disujudi. Demikian juga sujud kepada berhala, matahari, bintang dan batu; semuanya adalah meletakkan kepala di hadapannya.'

Kata Sujud itu difahami juga sebagai rukuk. Kerana itu, di kala Allah berfirman :

وَادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا

Dan masuklah kamu melalui pintu itu dalam keadaan sujud
 (Al-Baqarah: 58)


Ibn Abbas menafsirkan sujud itu sebagai rukuk. Rukuk adalah sama aksinya dengan sujud dari sudut Inhina'. Kerana itu, ada sesetengah teks, bila menyebutkan sujud, ia mabawa maksud rukuk, menundukkan badan kepada sesuatu.

Dari pemahaman makna sujud sebagai rukuk ini, timbul perbahasan ulama tentang perbuatan menundukkan diri dengan membongkokkan tubuh kepada seseorang. Apakah ia juga termasuk dalam larangan?

Menurut sebuah kitab bernama Mu'jam At-tauhid oleh Ibrahim bin Saad Abu Hussain perbuatan menundukkan tubuh dalam bentuk rukuk atau separa rukuk itu boleh membawa kepada makna sujud yang diberi amaran oleh Imam An-nawawi dan juga Ibn Qayyim tersebut. Menurut beliau, termasuk dalam makna ta'zim yang membaw akepada maksud sujud itu ialah menggunakan isyarat angkat tangan ke dahi atau ke hidung sebagaimana yang dilakukan sebahagian orang. Ini kerana dahi dan hidung adalah anggota sujud. Perbuatan memberi isyarat sepertui juga ditafsirkan sebagai sujud dan ia diharamkan.

Saya merasakan dia bermaksud seperti orang melayu yang menyembah raja atau cara penghormatan orang hindu yang merapatkan tangan dan diangkatkan ke muka.






















No comments:

CARI KANDUNGAN BLOG