CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah 134

November 16, 2009

TARIKH: 16/11/2009
MUKA SURAT : 134
SURAH AL'AN'AM: 53-59

PENGERUSI          : SURADI 
TAJWID                 : SURADI
TERJEMAHAN      : HJ YUSUF
TAFSIR                  : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1)  HJ GAFAR

Bagaimana keadaan solat Jumaat yang tidak cukup bilangan ?

Ust Kama: Bilangan jumat ditanggapi oleh para fuqaha pada jumlah yang pelbagai. Mazhab Syafie mengatakan jumlah minimanya adalah 40 orang.

Namun, di atas maslahat dakwah, bagi sesuatu tempat yang tidak memungkinkah jumlah ini dicapai, adalah baik dilakukan solat jumuat.


2) SURADI

a) Jika solat Jumaat tidak cukup bilangan, perlukan dijabar dengan solat zohor?

Ust Kama: Jika kita berpegang kuat dengan pendapat yang menetapkan bilangan tertentu, justeru bila tidak cukup bilangan hendaklah dijabarkan dengan zohor. Tetapi, Islam bukan agama yang menyusahkan. Bagi keadaan di mana jumlah 40 orang tak pernah didapat, tidaklah perlu diberatkan dengan jabar dengan Zohor.

b) Adakah pecahan satu juzuk Quran itu Quran?

c) Dikatakan hukuman kepada ummat Muhammad ditangguhkan, tidak seperti ummat terdahulu yang dihukum terus. Bagaimanakah dengan hukuman bunuh kerana Qisas?Tidakkah ia satu hukuman segera?

d) Apakah boleh berdoa minta mati?

Ust Kama: Doa minta mati adalah petanda putus asa dengan hidup. Putus asa adalah dilarang. 
Sabda Rasulullah SAW:
لا يتمن أحدكم الموت إما مُحسناً ، فلعله يزداد، وإما مسيئاً فلعلهُ يستعتب
 " Janganlah seseorang kamu bercita-cita untuk mati. Jika dia orang baik, mudahan akan bertambah kebaikan dengan kehidupannya. Jika dia orang jahat, mudahan dia akan bertaubat daripada kejahatannya".
(Muttafaq alaih)

Jika tak mampu menanggung hidup lagi dan mahu mati sahaja dalam fikiran, nabi SAW bersabda:

لا يتمنين أحدكم الموت لضرً أصابهُ، فإن كان لابد فاعلاً، فليقل : اللهم أحينى ما كانت الحياة خيراً لي، وتوفني إذا كانت الوفاة خيراً لي
(Muttafaq alaih)



e) Azan dengan sebutan yang salah, apakah hukumnya?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP