CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah 135

November 17, 2009

TARIKH:17/11/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 135
Surah Al-An'am:60-68

PENGERUSI                                   : Suradi
ULASAN TAJWEED                     : Suradi
TERJEMAHAN                               : Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR                          :  Ust Kama


ULASAN DAN PERSOALAN

1) En Muda

Merujuk kepada ayat 68, surah al-An'am, apakah  kedai-kedai orang Islam yang menyewa dalam premis orang bukan Islam yang di dalamnya ada iklan jualan arak termasuk dalam makna duduk bersama orang yang mempersendakan ayat-ayat Allah?


Ust Kama: Boleh duduk malah bekerja dalam kedai yang menjual arak, daging khinzir atau benda-benda haram lain asalkan kita tidak terlibat dalam mu'amalah haram tersebut. Rujuk Fatwa: Islamqa 



2) Ust Nasir

a) Apakah tindakan kita jika dalam usaha untuk mencegah sesuatu kemungkaran itu, kita berdepan dengan sesuatu mudarat?

Ust Kama: Kita lihat kepada mudarat tersebut, manakah yang lebih besar.

b) Apakah malaikat Mungkar dan Nakir seorang atau ramai?

3) En Momoh

Apakah malaikat maut itu mencabut nyawa sendirian untuk seluruh makhluk atau ada malaikat lain yang membantunya?

4) Hj Osman

a) Apakah perlu orang yang meninggalkan solat berpuluh tahun mengqadhakan solatnya semuanya jika dia bertaubat?

b) Ada dalam hadis bahawa akan masuk syurga 70 ribu dan setiap orang akan mendapat pula 70  ribu bidadari. Kalau begitu, sudah berbilion dalam syurga. Sesaklah syurga.

5) Suradi

a) Apakah tidak pergi solat dengan alasan hujan lebat dikira sebagai uzur syari'e?

Ust Kama: Seseorang boleh jamak solatnya kerana hujan lebat.

b) Apakah malaikat Kiraman Katibin itu Raqib dan Atid?

c) Dikatakan ummat Muhammad diselamat daripada bencana hunjaman dari langit dan ditelan bumi. Kedapatan orang yang mati disambar petir. Bagaimana mentafsirkan hal ini?


Ust Kama: An-nadir, la hukma lah. Perkara yang jarang berlaku tidak diambil sebagai satu kesimpulan.

d) Apakah salah dalam menyebut lafaz takbiratul ihram (Allahu Akbar) membatalkan solat?


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP