CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 139

January 17, 2010

TARIKH: 17/01/2010
MUKA SURAT : 139
SURAH AL'AN'AM: 91-94

PENGERUSI          : SURADI 
TAJWID                 : UST TN ROSLAN TN MUDA
TERJEMAHAN      : EN SAMIT
TAFSIR                  : UST KAMA
 
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) EN. SABARUDDIN

Soalan: Kawan-kawan beragama Kristian mendakwa bahawa mereka mempunya kita injil yang berbagai-bagai.  Mereka bertanya saya, apakah Quran mempunyai kepelbagaian yang sama. Bagaimana menjawab persoalan ini?

Jawapan (Ust Kama): Al-Quran cuma satu versi dan tidak ada pelbagai versi. Dakwaan bahawa Al-Qurab ada beberapa versi membawa kepada kufur kerana menafikan pemeliharaan Al-Quran oleh Allah SWT. Dakwaan Syiah bahawa ada surah-surah tertentu yang tersimpan pada imam mereka yang ghaib, adalah dakwaan yang dusta dan merosakkan akidah. Demikian juga dakwaan bahawa bahawa Al-Quran ada 40 juzuk sebagaimana yang masyhur di kalangan beberapa kalangan, adalah dakwaan sesat. Al-Quran yang ada di depan kita, itulah satu-satunya al-Quran yang tiada ragu padanya.

2) Cikgu Khairuddin

Boleh ceritakan sejarah pengumpulan Al-Quran yang boleh menjelaskan kepada pihak-pihak yang merendahkan ketulinan Al-Quran.

3)En Suradi

a) Minta penjelasan yang lebih mengenai maksud ayat 93 ".. ." alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "Keluarkanlah nyawamu...",

b)Bagaimana menguruskan bahan-bahan masjid yang tidak digunapakai lagi, seperti papan, atap dan sebagainya berikutan pembaikan atau pembinaan masjid yang baru?


c) Apakh hukum membina kubur dalam masjid?

Ust Kama: Membuat kubur dalam masjid adalah haram.



قال الإمام ابن القيم رحمه الله ( وعلى هذا فيهدم المسجد إذا ابني على قبر، كما ينبش الميت إذا دفن في المسجد، نص على ذلك الإمام أحمد وغيره، فلا يجتمع في دين الإسلام مسجد وقبر، بل أيهما طرأ على الآخر منع منه، وكان الحكم للسابق، فلو وضعا معاً لم يجز، ولا يصح هذا الوقف ولا يجوز، ولا تصح الصلاة في هذا المسجد لنهي رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ذلك، ولعنه من اتخذ القبر مسجداً، أو أوقد عليه سراجاً، فهذا دين الإسلام الذي بعث الله به رسوله ونبيه بين الناس كما ترى ) انظر زاد المعاد في هدي خير العباد لابن القيم ( 3/572). 
Berkata Ibn Qayyim rahimahullah:
Atas dasar ini, apabila sesebuah masjid dibina di atas kubur, hendaklah diruntuhkan masjid itu. Demikian pula jika ada mayat yang dikebumikan dalam masjid, hendaklah mayat itu dibongkar dari kubur itu. Hal ini telah dinaskan dalam hadis riwayat Imam Ahmad dan lain-lainnya. Dalam Islam, kubur dan masjid tidak boleh berhimpun. Mana-mana yang kemudian hendaklah dilarang dan yang ada dahulu hendaklah dikekalkan. Jika diletakkan kedua-keduanya serentak, ia adalah haram. Tidak sah waqaf untuk tujuan tersebut dan tidak sah sah solat dalam masjid yang begini kerana terdapat larangan daripada Rasululah SAW daripadanya.Dilaknak sesiapa yang menjadi kubur sebagai masjid atau menyalakan lampu di atasnya. Sebagai mana anda lihat,  inilah syariat agama Islam yang diutuskan kepada manusia melalui kebangkitan Rasulullah.
(Lihat Zadul Ma'ad; Ibn Qayyim-3/572)


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP