CARI KANDUNGAN BLOG

KUTIPAN JARYAH 50

January 28, 2010

Jumlah kutipan yang terkumpul setelah sumbangan ahli jemaah digabungkan pada malam ini ialah RM4571.00. Jumlah ini melebihi sasaran RM2500.00 yang dikehendaki bagi menyempurnakan  projek pembaikan lantai Surau Al-Fajr. Sesugguhnya keberhasilan ini adalah hasil kerjasama beberapa sahabat ahli jemaah Surau Al-Fajr yang memainkan peranan  menyebarluaskan kad "JARYAH 50" yang telah dilancarkan pada malam tanggal  22 Januari 2010 yang lalu.

Jumlah ini belum dimuktamadkan kerana masih terdapat beberapa wakil yang belum menyerahkan kutipan masing-masing. Insya Allah, dalam sehari dua ini jumlah sebenar kutipan hasil kempen JARYAH 50 akan diumumkan.


Kepada sahabat yang bertungkus lumus menggerakkan kutipan kali ini ribuan terima kasih diucapkan. Kepada para penyumbang yang telah membuat pelaburan akhirat dalam menjayakan projek pembaikan surau, semoga Allah melipatgandakan razeki anda semua. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan amalan anda semua. Janji Allah adalah memberi gandaan sehingga 700 kali adalah termaktub dalam Al-Quran.

Allahumma barik liman yunfiq...

Dari,

Ust Kamaruddin Wahab

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP