CARI KANDUNGAN BLOG

CERAMAH: SEMPENA MAULIDUR RASUL

February 26, 2011

Pihak Masjid Al-Fajr telah menjemput seorang penceramah jemputan iaitu Ust. Suharto Sukarni, seorang penceramah dari USIA. Beliau mengambil kesempatan untuk bersama-sama jemaah Masjid Al-Fajr di samping menyampaikan ceramah bersempena kehadirannya untuk forum yang bakal diadakan di Dewan Masyarakat esok hari.

Antara lain, dalam ceramah beliau, ditekankan konsep hidup yang menegakkan gaya "as-salam" kerana itulah yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Beliau juga mengulas mengenai kerukunan hidup bermazhab dalam dunia Islam. Menurutnya juga, kelamahan ummat Islam hari ini kerana kurangnya budaya mengkaji sekalipun banyak mengaji. Kurangnya mengkaji juga menyebabkan pemimpin-pemimpin kafir melihat Islam sebagai agama teror.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP