CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 257

February 23, 2011

TARIKH: 23/ 02/2011
MUKA SURAT :257
SURAH IBRAHIM: 11-18


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA





ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) ANWAR TABALON

Siapakah yang melantik rasul dan bagaimanakah caranya?

Ust Kama: Allah yang memilih darim kalangan manusia untuk menjadi rasulNya.  Cara perlantikan seseroang Rasyl itu ialah dengan mengutuskan malaikat memberikan wahyu kepadanya memerintahkannya menyampakan risalah mengajak ummat menyembah Allah.


2) KHAIRUDDIN


Pertanyaan tentang tariqat yang mendakwa beberapa jalan yang luar biasa yang tidak dimaklumi oleh orang awam.

Ust Kama: Sesebuah tariqat hendaklah dipadankan dengan Al-Quran dan Hadis. Jika menyalahi, tariqat itu sesat, tidak syak lagi. Tariqat juga tidak harus meletakkan guru dan syeikhnya dalam kecintaan melebihi Allah dan Rasulnya. Jika tariqat mengkultuskan syeikhnya ke peringkat menenggelamkan keberadaan Rasul sebagai pembimbing unggul ke jalan hidayah, tentunya itu adalah tariqat yang menyeleweng. Agama yang disampaikan oleh nabi Muhammad SAW tidak mengandungi soal-soal batin yang disembunyikan daripada orang awam. Ketika nabi SAW bertanya para sahabatnya ketika Hujjatul Wida', Adakah saya telah menyampaikan?, para sahabat telah bersaksi bahawa baginda telah menyampaikan. Semua tentang Islam telah disampaikan kepada para sahabat. Maka, jika ada dakwaan wujudnya ilmu-ilmu rajsia yang disifatkan sebagai ilmu isi (hakikat) dan apa dipelajari orang ramai itu hanyalah syariat, itu adalah dakwaan yang meremehkan sifat tabligh Rasulullah.


3) MARIJIN

Bagaimanakah cara mengenali wali Allah?

Ust Kama: Wali Allah dikenali berdasarkan sifatnya.  Sifat yang pertama sekali ialah menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Mereka juga tidak meresa takut kepada selain Allah dan tidak merasa dukacita terhadap hilangnya dunia dari mereka. Wali Allah juga diberi keramat. Keramat terunggul wali Allah ialah "istiqamah" dalam iman dan amal soleh hingga ke mati.

Bacaan Tambahan:

1) Laman Ilmu dan Ulamak
2) Hafiz Firdaus
3) Syeikh Jibreen 
4) Info Sunnah






4) SURADI

a) Apakah fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi agar Muammar Gadafi dibunuh berdasarkan dalil-dalil syarak?

Ust Kama: Tentunya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi tidak berfatwa atas asas emosi. Beliau orang yang lama meladeni persoalan fatwa untuk hukum.Pada dasarnya, membiarkan Muaamar Gaddafi hiudp lebih banyak keburukan berbanding membunuhnya.

b) Apakah maksud kata-kata nabi :"kalaulah ada nabi sesudahku, umarlah...", ?

Ust Kama: Ia adalah kehebatan dan manaqib Umar al-Khattab.


عن أبي هريرة قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: لقد كان فيمن كان قبلكم من بني إسرائيل رجال يكلمون من غير أن يكونوا أنبياء، فإن يكن من أمتي منهم أحد فعمر
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata bahawa nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya ummat sebelum kamu dari kalangan Bani Israil ada lelaki-lelaki mereka yang berkata-kata (dengan lidah nabi) sedangkan mereka bukanlah nabi. Jika ada orang seperti mereka dari kalangan ummatku, dialah Umar”.
(Diriwayatkan oleh Bukhari dalam bab “manaqib Umar Al-Khattab)






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP