CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 325

October 12, 2011

TARIKH 12/ 10/2011
MUKA SURAT :325
SURAH AL-AMBIYA: AYAT


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : CIKGU KHAIRUDDIN
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN
1) HJ.AYONG HASAN
a) Komen: Adat membakar kayu setanggi ini dikatakan hanya untuk mewangikan. Demikianlah apa yang dikatakan kepada saya oleh mereka yang mengamalkannya.

Ust. Kama: Alasan tersebut boleh dipertikaikan kerana kalau mahu wangi, minyak atar lebih wangi. Kayu Setanggi adalah warisan adat hindu yang meresap ke dalam masyarakat Melayu,sebagaimana banyak adat adat lain yang meresap ke dalam masyarakat Mmelayu seperti persandingan, mandi tolak bala dan sebagainya.

b) Apakah hukumnya persandingan masa kahwin?

Ust Kama: Persandingan sudha tentu diharamkan jika diadakan di khalayak ramai atau kepada yang bukan kerabat. Lebih-lebih lagi kalau ia dilakukan dengan mendedahkan aurat.

c) Cadangan: Saya minta supaya khutbah Jumuat berkisar memperingatkan masyarakat mengenai budaya bersanding yang diharamkan ini disampaikan.

2) AHMAD BIN DAUD


Cadangan: Sepatutnya pasangan penganti yang mahu berkahwin itu diperingatkan dalam kursus penkahwinan lagi tentang persandingan yang bukan dari ajaran Islam dalam perkahwinan. Namun, kenapa Kursus Perkahwinan tidak memasukkan silibus demikian semasa kursus? Inilah yang kita kesalkan.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP