CARI KANDUNGAN BLOG

JARYAH LCD PROJECTOR

October 8, 2011

Kempen sumbangan derma untuk membeli LCD Projector bagu kegunaan kuliah-kuliah dan pembentangan multimedia di masjid fajar telah dilancarkan pada penghujung bulan Ramadhan yang lalu. Setelah dikumpulkan semuanya, maka jumlah keseluruhannya ialah RM2120.00. Skrin lengkap dengan kakinya telah disumbangkan oleh seorang anak muda. Insya Allah, urusan pembelian LCD Projector akan disempurnakan dalam masa terdekat. 


Setelah itu, kuliah-kuliah ikhtisas akan dijalankan di masjid Al-Fajar. Kuliah-kuliah ini akan menumpukan ilmu-ilmu pelbagai mengikut kepakaran masing-masing termasuk kuliah IT, Bahasa Arab, Inggeris dan sebagainya yang dirasakan perlu. Konsepnya adalah sama seperti kuliah-kuliah agama yang telah menjadi rutin selama ini di masjid-masjid. Berpegang bahawa semua ilmu yang baik itu adalah ilmu Islam dan perlu disebarkan, maka kuliah ikhtisas ini dirasakan perlu untuk memenuhi tuntutan masyarakat.


Para ahli jemaah yang berjiwa duat, ikhlas dan ingin mencari pahala daripada Allah SWT dipelawa untuk menyatakan kesediaan menjadi penyampai kuliah ikhtisas ini. Semoga Allah menambahkan ilmu orang yang menyampaikan ilmunya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP