CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 456

May 22, 2013

TARIKH : 22/ 05 /2013

MUKA SURAT :456

SURAH SAD: AYAT43-61

PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) HJ. RANGES
Apakah caranya solat menghormati waktu?
Ust Kama: Telah dijelaskan bahawa tiada yang dinamakan solat menghormati waktu.  Solat jika dilakukan pada kadar yang termampu, itulah solat yang terpakai. Jika tidak memenuhi syarat sahnya, maka dilakukan semula solat itu sebagai solat I'adah.

Firman Allah SWT:
 
فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالًا أَوْ رُكْبَانًا ۖ فَإِذَا أَمِنتُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ


Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.(al-Baqarah: 239)

2) HJ. JAAFAR SAHARULLAH
Apakah boleh kita beramal dengan ayat 54 surah Sad ketika berhadapan dengan hidangan atau mengisi minyak kereta agar razeki yang kita dapat tidak mudah habis?
Ust. Kama: Boleh sahaja kalau mahu diamalkan.

3) SURADI
a) Jika seseorang masuk mengikut imam ketika dia imam sedang duduk antara dua sujud, apakah dia masih dikira masbuk dan boleh meninggalkan bacaan fatihah pada rakaat seterusnya jika tidak sempat habiskan bacaan bersamaan imam?
Ust Kama: Makmum tersebut perlu menghabiskan bacaan fatihahnya.

b) Berdasarkan cerita nabi Ayub memukul isterinya dengan segenggam jerami gandum, bolehkah digunapakai cara tersebut dalam menyebat pesalah zina yang memerlukan sebatan seratus kali?
Ust Kama: Tidak boleh.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP