CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 453

May 14, 2013

TARIKH : 14/ 05 /2013

MUKA SURAT :453

SURAH SAD: AYAT 1-16
PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         :  mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN


1) Hussin Muin

Orang yang panas baran, apakah penawarnya?

Ust Kama: Panas baran merupakan sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah SWT. Dalam hadis telah diberikan petunjuk bagaimana mengawal sifat marah:

a) Membaca Isti'azah.
b)Diam
c)Bertenang dengan cara duduk atau berbaring.
d) Sentiasa ingat pesanan nabi kepada sahabat "Jangan marah!".

Rujukan: Islamqa



2) Ahmad Daud

Apakah kita disunatkan untuk melaksanakan umarah berkali-kali ketika pergi ke Makkah?

Ust Kama: Berulang-ulang umrah di Tan'im bukanlah amalan nabi dan para sahabat. Oleh itu ia bukanlah sunnah.  Pergi ke Tan'im dan berniat umrah hanya dilakukan oleh Aishah atas petunjuk Rasulullah SAW kerana beliah didatangi haid yang menghalangnya menyempurnakan haji dan umrahnya. Oleh sebab itu, sesiapa yang berhadapan dengan masalah seperti A'ishah, bolehlah pergi ke Tan'im untuk berniat umrah dan umrah tersebut dinamakan umrah haid. Adakah lelaki patut mempunyai umrah Haid? Jika lelaki mahu mengulangi umrah, maka hendaklah dia pergi ke miqat dan berihram di sana.

Rujukan:
i) Alukah ,
ii) Islamqa



3) Pemuda x

Apakah jika haid datang 7 hari kemudian suci 2 hari dan boleh datang lagi?


4) En Momoh 

 Apakah jika lupa doa qunut dan lupa sujud sahwi, perlu solat subuh kembali?

Ust Kama: Tidak perlu. Solat Subuh itu sah dan sudah sempurna.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP