CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 474

September 3, 2013

TARIKH : 02/ 09 /2013
MUKA SURAT :474
SURAH GHAFIR: AYAT 59-66

PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN/PERSOALAN

1) EN. RAZIQ

Bagimana hendak beramal dengan pelbagai mazhab lain?

Ust. Kama: Para ulama menyebutkan istilah "talfiq" untuk amalan yang merentas mazhab.

2)  ANWAR TABALUN

Bagaimana kita boleh solat berimamkan orang yang bermazhab lain yang menganggap kentut tak batal.

Ust Kama: Jika orang yang menjaid makmum itu berilmu dan tahu kedudukan hukum itu menurut mazhab tersebut (mazhab Hanafi), maka tidak menjadi masalah. Kejahilan akan menimbulkan masalah kerana ia akan menganngap solat imam batal.

3) HJ. MARIJIN

Apakah boleh berdoa dengan doa-doa ciptaan manusia?

Ust Kama: Doa ciptaan tidak menjadi halangan jika tidka mengandungi bahagian yang bertentangan dengan syarak seperti tawasul yang songsang, syirik, mubalaghah dalam doa dan sebagainya.

4) HJ. RANGES

Apakah boleh berdoa dalam keadaan berteriak?

Ust. Kama: Doa berteriak bukanlah dari sunah Rasulullah dna bukan dari sunnah nabi-nabi terdahulu.

5) SURADI

Apakah hukumnya seroang artis yang sudah bertaubat, TV masih menayangkan aksonya yang melanggar syariat semasa jahiliah dahulu?

Ust Kama: TV hendaklah jadi  Islam yang baik iaitu menyembunyikan rahsia keaiban orang. Sementara Artis yang betaubat hendaklah mengambil langkah memberhentikan tayangan kemaksiatannya.

Taubat seorang artis yang dikelilingi populariti, menjadi idola dan ikon masyarakat, tidka sama dengan taubat orang biasa yang tidak dikenali dan tidak ada pengikut.
 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP