CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 475

September 3, 2013

TARIKH : 03/ 09 /2013
MUKA SURAT :475
SURAH GHAFIR: AYAT 67-77
PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN/PERSOALAN
1) PAKCIK X

a) Minta ceritakan bagaimana umat Muhammad boleh diterima sebagai saksi kepada kaum nabi Nuh AS.

Ust Kama: Antara kelebihan umat Muhammad SAW ialah menjadi saksi untuk manusia sebagaimana firman Allah SWT:

{وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا} (البقرة: 143)
 "Demikianlah kami jadikan kamu satu ummat  yang pertengahan agar kamu dapat menjadi saksi ke atas manusia dna Rasul pula akan menjadi saksi ke atas kamu".

Dalam sebuah hadis rowayat Abu Said Al-Khudri Rasulullah SAW telah bersabda:

يدعى نوح يوم القيامة، فيقال له: هل بلغت؟ فيقول نعم، فيدعي قومه فيقال لهم: هل بلغكم؟ فيقولون: ما أتانا من نذير، وما أتانا من أحد، فيقال لنوح: من يشهد لك؟ فيقول: محمد وأمته»


b) Bolehkah himpunkan solat (qadha) kerana kesibukan berniaga  ?

Ust Kama: Meninggalkan solat adalah dosa besar. Tiada istilah qadha bagi mereka yang sengaja meninggalkan solat. 


2) NURKAMAL MOONG

Minta penjelasan mengenai orang yang solat tapi masuk neraka.

Ust Kama: Orang yang solat tapi masuk neraka telah disebutkan dalam surah Al-Ma'un. Mereka adalah golongan sahuun

Rujuk: Islamweb


3) CIKGU KHAIRUDDIN

a) Apakah boleh puasa hari Jumuaat tanpa didahulukan dengan hari khamis?
Ust Kama: Puasa hari jumuat dengan sengaja tanpa sebab adalah makruh. Namun jika sudah menjadi kebiasaan seseorang puasa lalu berbetulan jatuh hari jumuat, maka tidak mengapa.  Jika dia puasa dahulu hari khamis, juga tidka mengapa (Tidak makruh).

b) Apakah ungkapan "aqimussolah " sebelum iqamah itu sunnah?

Ust Kama: Ungkapan itu bermaksud dirikan solat. Ia adalah ungkapan di luar solat dan tidak menjejaskan solat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP