CARI KANDUNGAN BLOG

(Ekstrak Daurah 433):Pandangan mata yang tidak liar.

May 7, 2014

Antara lambang kesolehan seorang muslimah adalah memiliki pandangan mata yang tidak liar. Dalam bahasa mudah, menundukkan pandangan mata. Dia tidak suka menjilat pandang kepada sekeliling dengan ekor matanya. Tidak menjeling ke sana ke mari.


Allah menggambarkan perihal pandangan mata bidadari dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya:

فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ

Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.
(Surah Ar-Rahman: Ayat 56)

Bidadari dalam syurga itu digambarkan sebagai wanita yang pendek ekor matanya (Qasiratut Tarfi). Tabiat wanita memang suka melihat dengan ekor matanya. Tabiaat tersebut tidak baik dan sebab itu, bidadari, sebagai idola unggul wanita solehah menjauhinya. Bahkan Allah menciptakan mereka tidak panjang ekor matanya. Tidak melilau jelingannya. Padahal, bidadari itu sendiri adalah makhluk yang cantik bundar matanya. Sesuai dengan namanya. "Huur Ain". Salah satu maksudnya adalah terbeliak mata. Terbeliak mata yang melihat. Matanya sendiri adalah Huur, iaitu bundar. Satu sifat yang cantik buat mata.

Sepatutnya bukan sahaja wanita, lelaki juga sepatutnya memendekkan ekor mata. Ekor mata yang panjang akan membuahkan "Khainatul A'yun".

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP