CARI KANDUNGAN BLOG

Kita semua adalah musafir.

May 20, 2014

(Tafsir Ayat 73, Surah Al-Waqi'ah-Al-muqwin-)

Dalam hidup ini, kita adalah umpama musafir. Kita dalam sebuah perjalanan meniti usia menuju destinasi yang kekal abadi. Oleh itu, sentiasalah ambil peringatan apa yang dilihat dalam perjalanan dan ingatlah bahawa ia hanya sebuah keseronakan sementara.


Allah berfirman dalam surah Al-Waqi'ah:

نَحْنُ جَعَلْنَاهَا تَذْكِرَةً وَمَتَاعاً لِّلْمُقْوِينَ

" Kamilah yang telah menjadikannya (api) sebagai peringatan dan juga kenikmatan hidup buat para musafir".

Allah menyebutkan dua faedah api khasnya buat para muqwin (musafir). Sedangkan api juga diperlukan oleh orang yang bermuqim (tempatan). Menurut Syeikh Abd Rahman As-Sa'di, tujuan Allah menyebutkan " untuk para musafir" sedangkan api digunakan juga oleh orang yang tidak bermusafir, ialah menyatakan secara tersirat bahawa semua manusia adalah musafir belaka.

ٌRasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadis riwayat Ibn Umar dan terdapat dalam Saheh Bukhari:

كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ

" Jadilah olehmu dalam dunia ini seperti orang dagang atau orang yang sedang dalam perjalanan".

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP