CARI KANDUNGAN BLOG

GOLONGAN ARMALAH

January 22, 2017

Armalah merujuk kepada para janda, Perkataan armalah berasal daripada kata "armala" yang membawa maksud tiada apa-apa yang bersisa melainkan pasir. " Ramlun" dalam bahasa Arab bermaksud pasir. Maka para janda, mereka hilang suami dan hidup susah. Saking susahnya mereka, disebutkan mereka sebagai armalah iaitu golongan yang hanya ada pasir untuk menyara kehidupan.

Demikianlah kaitan satu perkataan dalam seni bahasa Arab.

Ketika Allah berfirman :


أَوْ مِسْكِينًا ذَا مَتْرَبَةٍ
(Surah Al-Balad: Ayat 16)

"Atau si miskin yang susah hidup(sangat fakir)"

Kalimah "matrabah" merujuk kepada asal perkataan "turbun" yang bererti tanah atau pasir. Kerana susahnya si miskin itu, hingga kesusahannya itu dikaitkan dengan tanah. Dia tiada apa-apa lagi sehingga tangannya melekat pada tanah, yakni berlutut dengan tangan di atas tanah. Ia membayangkan hidup yang susah dan merana. Maka disebut sebagai matrabah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP