CARI KANDUNGAN BLOG

Kitab Ar-raddu alal jahmiyyah waz zanadiqoh

April 3, 2017




Perkataan yang menafikan sifat "uluw" Allah dan mengatakan Allah berada di semua tempat adalah perkataan kaum Jahmiyyah. Imam Ahmad bin Hambal telah mengarang sebuah kitab bertajuk  "Ar-raddu alal jahmiyyah waz zanadiqoh" menjawab perkataan-perkataan sesat mereka. Beliau menulis dengan gaya bahasa "jika berkata kaum jahmiyyah itu" lalu beliau memberi jawapannya " dikatakan kepada mereka".

Imam Ahmad menulis bagaimana mahu menguji akal orang jahmiyyah dengan beberapa bentuk soalan kepada mereka.

Tanya kepada mereka: Apakah Allah telah ada sebelum itu sesuatu itu ada? 

Mereka akan jawab :ya
 

Ada 3 kemungkinan bagi jawapan "ya"  itu. Tidak boleh lari , mesti terima salah satu.

1) Jika mereka mengatakan Allah telah menciptakan makhluk dalam dirinya, kata-kata itu kufur kerana ia bermakna Allah menciptakan Jin, Manusia dan Syaitan dalam dirinya.

2) Jika mereka katakan bahawa Allah menciptakan makhluk di luar dirinya, lalu Allah masuk ke dalam makhluk itu, kata-kata sebegini juga kufur. Mana mungkin Allah masuk  ke dalam tempat keji dan kotor.

3) Jika mereka mengatakan Allah menciptakan makhluk di luar dirinya dan Dia tidak pernah masuk ke dalam makhluk itu, inilah perkataan yang benar. Perkataan inilah yang ditegaskan oleh Ahli Sunnah yang mengatakan Allah bersifat dengan Uluww. Allah Di atas Arasy sebagaimana Dia mensifati dirinya.

Allah tidak boleh dikatakan maujud fi kulli makan sebagaimana dakwaan kaum Jahmiyyah.


Catatan Tambahan: 
Ada kalangan yang mendakwa bahawa kitab ini bukan tulisan Imam Ahmad bin Hambal. Namun, ramai ulama menisbahkannya kepada Imam Ahmad bin Hambal. Cuma Az-Zahabi menyatakan keraguannya tentang nisbah kitab ini kepada Imam Ahmad bin Hambal.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP