CARI KANDUNGAN BLOG

Dosa Besar: Merendah-rendahkan "Ahlul Fadhli ( Orang yang punya kelebihan dalam masyarakat)

July 12, 2018

Kitab Al-Kabair (Dosa-dosa besar) ditulis oleh oleh Imam Az-Zahabi. Namun ada tokoh lain yang turut menulis kitab dengan tajuk yang sama atau mirip tajuk itu tetapi perbincangannya berkisar tentang dosa-dosa besar. Antaranya ialah Syeikh Muhamamd bin Abd Wahab (Al-Kabair), Ibn hajar Al-haitami (Az-Zawajir 'an iftiraqil Kabair) dan Az- Zakhair Li Syarhi manzumati Al-Kabair oleh Ahmad Safarini Al-Hambali.


Di antara dosa besar yang disenaraikan dalam kitab Al-Kabair ialah menghina orang yang ada kelebihan dalam masyarakat. Nabi bersabda: "Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak punya belas kasihan kepada orang kecil (kanak-kanak, orang miskin,marhaen dsb) dan tidak tahu memuliakan orang besar ( orang tua, pemimpin, tokoh-tokoh terhormat dan berpangkat dsb)"

Sekarang, perbuatan memperlecehkan "ahlu fadhli" begitu meluas dalam masyarakat. ia merupakan salah satu dosa besar. Mengina Sultan dan raja-raja sebenarnya dosa besar. Menghina pemimpin negara juga dosa besar. Hina ibu bapa orang lain yang dihormati anaknya, juga dosa besar. Perlecehkan tokoh-tokoh ilmuan, orang berjasa dalam masyarakat dan orang yang dikasihi kerana baktinya juga dosa besar.

Pendek kata, perbuatan memperlecehkan orang adalah dosa tetapi menjadi besar jika orang yang diperlecehklan itu tergolongan kalangan orang yang dihormati dalam masyarakat yang diistilahkan oleh nabi SAW sebagai "kabirana".

Hati-hati dan jagalah diri masing-masing.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP