CARI KANDUNGAN BLOG

KEPINCANGAN DALAM TASAWWUF

October 29, 2018

Ketahuilah bahawa semua Rasul itu adalah adalah nabi dan juga wali. Kerana itu itu, pangkat Rasul adalah lebih tinggi daripada wali. Tinggi melebihi segala Rasul adalah nabi Muhammad SAW. Bagindalah rasul terakhir dan bagindalah penutup segala nabi. Sementara wali, tiada nas yang qat'i menyatakan bahawa ia ada penutupnya. Sehingga ke akhir zaman, akan terus ada wali Allah dan adalah merupakan satu kebohongan jika didakwa wujud khatamul auliya'  kerana mengqiaskan dengan khatamul ambiya'.

Seorang tokoh bernama AL-Hakim At Turmizi mengarang sebuah kitab bernama "Khatamaul Wilayah". Di dalamnya dia menyatakan konsep penutup kewalian yang merupakan pangkat yang melebihi wali-wali terdahulu. Wali terakhir itu lebih tinggi darjatnya berbanding Abu Bakar dan Umar.  Konsep ini dikiaskannya dengan konsep khatamul ambiyaa'. Nabi Muhammad adalah nabi terakhir dan dia lebih tinggi darjatnya daripada nabi-nabi sebelumnya.

Hasya Lillah!....bagaimana boleh timbul kias yang sedemikian. 

Lalu dalam sejarah, ramailah orang yang mengaku dirinya penutup kewalian kerana mahu kelebihan palsu yang diwar-warkan itu. Ibn Arabi mengaku dia penutup para Wali. Abu yazid Al- Bustami pun mengakui keistimewaannya. Di zaman terkemdian, ramai syikh tariqat mengakui penutup kewalian. Syeiikh Ahmad Tijani, pengasas tariqat Tijani juga mendakwa dirinya khatimul auliya.

Bahkan, ada dengan berani mengungkap kata-kata yang merendahkan martabat kenabian di bawah kewalian. Umpamanya kata-kata yang sering dinisbahkah kepada Abu Yazid Al-Bustami sebagai penuturnya:

"خُضنا بحرًا وقف الأنبياءُ على ساحله"

" Kami para wali berenang di lautan yang para nabi cuma berdiri di pantainya".



Apa makna ucapan ini? Bukankah ia adalah satu gambaran tentang lebihnya pencapaian para wali berbanding para nabi dalam makrifat dan ilmu. Dalam mengenal Allah dan taqarrub kepadaNya. Namun, para pentaksub tasawwuf dan penyanjung tokoh-tokohnya yang berselerak dalam kanvas sejarah punya takwilan yang menghalalkan kata-kata tersebut. Mereka kata, kalam sedemikian bukan bererti melebihkan para wali. Para nabilah yang lebih kerana mereka hanya berdiri di pantai tetapi mampu mendapat apa yang didapati oleh para wali dengan susah payah berenang. Jika difikirkan, kata-kata ini sebenarnya memuji para nabi di atas para wali! Begitulah kilas katanya.


Jika demikian takwilannya, bagaimana hendak mentakwilkan beratus kata-kata lain yang diungkapkan oleh tokoh-tokoh sufi yang jika dinilai dengan ukuran syarak, jatuhlah kufur mereka itu?

Kata Abu Yazid Al-Bustami sebagaimana diriwayatkan oleh Abdul As-Sya'rani dalam Lataiful Minan:

تالله أن لوائي أعظم من لواء محمد صلى الله عليه وسلم، لوائي من نور تحته الجان والجن والإنس، كلهم من النبيين

" Demi Allah...lembayungku lebih agung daripada lembayung Muhamamd SAW. Lembayungku adalah cahaya yang di bawahnya Jan, Jin dan manusia, semuanya daari kalangan nabi-nabi".


Begitu besarnya maqam dan kedudukan Abu Yazid Al-Bustami. Apa pula takwilannya untuk kata-kata megahkan diri atas para nabi-nabi seperti ini?


Ibn Arabi pula berkata:
 مقامُ النبوة في برزخٍ
فُوَيقَ الرسولِ ودون الولِي



Kedudukan para nabi di alam barzah itu atas sedikit dari para Rasul dan dibawah para wali.



Ewah!..ayat berbunga-bunga. Tapi maknanya walilah paling atas. Atas nabi dan atas rasul. Jadi terbalik pula.

Pun begitu, ada sahaja pembelaan ke atas kata-kata kufrawi seperti ini dari puak pentaksub tasawwuf. Lihat apa kata mereka :


Rujuk Link:



http://www.aslein.net/showthread.php?t=13677


Baca Tulisan Safar Al-Hawali:

 http://www.alhawali.com/popups/print_window.aspx?article_no=7724&type=3&expand=1



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP