CARI KANDUNGAN BLOG

IBN ARABI DAN IBN AL-ARABI

January 25, 2019

Dua nama ini merujuk kepada dua individu yang berbeza. Kedua-duanya tokoh besar dalam aliran masing-masing.

Ibn Arabi  (tanpa AL) merujuk kepada tokoh besar sufi . Namanya adalah Muhyidin bin Arabi bin Muhammad bin Ali bin Muhammad At-Tho-i.Ibunya sorang barbar (amazigh) manakala ayahnya daripada Arab kabilah Tho-i. Meninggal tahun 638H

Ibn Al-Arabi pula merujuk kepada seorang tokoh ulama dalam Mazhab Maliki. Namanya Abu Bakar bin Al-Arabi bin Muhammad bin Abdullah Al-Mu'afiri. Al-Mua'firi adalah satu kabilah berasal Saba'-Yaman yang berhijrah ke Andalus.Meninggal di Andalus pada tahun 543H

 
PERSAMAAN KEDUA-DUANYA:

  1. Kedua-duanya lahir di Andalus dan membesar di sana dalam tempoh masa yang berdekatan.Ibn Arabi di bandar Mursiah di Andalus manakala Ibn Al-Arabi di bandar Isybiliyah di Andalus. 
  2. Mereka berdua pernah menziarahi Damsyiq. Cuma Ibn Arabi sampai ke Anatolia dan mati di serta dikebumikan di Damsyiq sedangkan Ibn Al-Arabi , lepas ziarah Damsyiq, beliau balik ke Andalus lalu meninggal di sana serta dikebumikan di sana.
  3. Kedua-duanya masyhur dalam sejarah
https://youtu.be/n2jJWDGdNEc


Ibn Arabi masyhur sebagai tokoh Sufi dan beliau dihukumkan kafir oleh sesetengah ulama kerana pemikiran sufinnya yang berunsur Hulul dan Wehdatul Wujud. Pemikrian-pemikirannya dapat dibaca dalam kitabnya Futuhat Almakiyyah dan juga Al-Fusus. Kaum Sufi mengagongnkannya dan menggelarnya sebagai Kibrit Al-Ahmar, Imam AKbar dan juga Imam Arifin. 

Ibn Arabi pula merupakan tokoh ulama dalam mazhab Maliki. Beliau menjawat jawatan Qodhi dan banyak mengarangk kitab membicarakan feqah Maliki. Beliau juga mengarang kitab Al-'Awasim minal Qowasim yang membahaskan konflik antara sahabat.Belia juga ada kitab bernama Ehkam Al-Quran dan juga  'Aridhatul Ahwazi Syarah Sunan Tarmizi. Beliau tidak dikafirkan dan para pemerintah menghormatinya dan mengambil manfaat ilmunya.

Imam Az-Zahabi membuat komentar tentang kitab Fususul Hikam karya Ibn Arabi At-Tho-i:

 
وقال الذهبي رحمه الله: ومن أمعن النظر في فصوص الحكم وأنعم التأمل لاح له العجب، فإن الذكي إذا تأمل من ذلك الأقوال والنظائر والأشباه فهو أحد رجلين: إما من الاتحادية في الباطن، وإما من المؤمنين بالله الذين يعدون هذه النحلة من أكفر الكفر، نسأل الله العافية وأن يكتب الإيمان في قلوبنا، وأن يثبتنا بالقول الثابت في الحياة الدنيا وفي الآخرة، فوالله لأن يعيش المسلم جاهلاً خلف البقر، لا يعرف من العلم شيئاً سوى سور من القرآن يصلي بها الصلوات ويؤمن بالله واليوم الآخر خير له بكثير من هذا العرفان وهذه الحقائق، ولو قرأ مائة كتاب أو عمل مائة خلوة.

Kata Imam Zahabi (kesimpulan petikan)-Seorang muslim yang jahil berada di belakang lembu dan tidak tahu ilmu-ilmu yang didakwa itu sedikit pun selain beberapa surah daripada Quran yang membolehkan dia solat dengannyadan dia pula beriman dengan Allah dan hari akhirat, itu lebih baik baginya daripada mempelajari makrifat dan hakikat seperti yang ada dalam kitab Alfusus atau yang seumpamanya atau beramal dengan khulwat-khulwat yang disarankan di dalamnya.

Dengan kata lain, belajar kitab golongan sufi Ibn Arabi dengan segala macam ilmu makrifat dan hakikat yang dikatakan terkandung di dalamnya sambil mengamalkan khulwat untuk mencapai darjat dan makamnya tidak memberi faedah yang besar kepada agamanya. Mempelajari kitab Allah, mengikut Sunnah baginda Rasulullah dan beramal sedikit sahaja daripadanya adalah lebih baik dan lebih selamat. Amal sedikit dan menepati ajaran nabi lebih menguntungkan.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP