CARI KANDUNGAN BLOG

SELAK KAIN NAMPAK BETIS

February 25, 2019

Ramai sekali perempuan zaman kini nampak betisnya. Tak payah selak kainnya untuk nampak betis. Sudah memang terselak dah. Mereka yang selak sendiri. Bukan sahaja betis, bahkan paha pun kelihatan. Dunia hari ini tak macam zaman dulu. Perempuan zaman dulu malu nak tunjuk betis pun. Bukan sahaja wanita beriman, yang akfir pun tak tunjuk betisnya kepada orang sesuka hati.

Lihatlah bagaimana Allah cerita mengenai ratu Balqis. Ratu negeri Saba'. Allah berfirman dalam surah An-Namlu, ayat 44:


 فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَن سَاقَيْهَا

Ketika mana dia melihat lantai itu dia sangka kolam, lalu diapun menyelak kainnya sehingga nampak betisnya.


Apa yang anda faham?


Bukankah ayat ini cerita mengenai Ratu Saba' yang pakai pakaian yang labuh sehingga bila nak melintas lantai kaca di istana buatan nabi Sulaiman itu, dia kena selak kainnya agar tak basah? Itu menunjukkan orang zaman dulu pakai pakaian yang bukan macam hari ini. Selak sana sini.

Wanita zaman sekarang pakai kain nampak paha. Langgi tinggi lagi dirasakannya bertamaddun. Lelaki pula pakai seluar makin labih. Sampai labuh bawah buku lali yang datang larangan syarak. Sudah terbalik.

Dunia memang sudah terbalik!


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP