CARI KANDUNGAN BLOG

IMAM YAHYA HUMAIDUDDIN PEMERINTAH YAMAN

April 6, 2019

Dari tahun 1904  hingga 1948 M

Namanya Yahya Humaiduddin Almutawakkil, mengasaskan kerajaan Al-Mutawakkiliyyah pada 1918 dan berlangsung sehingga 1962. Beliau merupakan Imam bagi Syiah Zaidiyyah.



Pemerintah terakhir kerajaan ini Muhammad al-Badr.

Beliau digulingkan 26 September 1962 oleh Abdullah As-Sallal, panglima tentera kerajaan. Penggulingannya itu hanya seminggu selepas beliau menggantikan Ahmad yahya Humaiduddin, iaitu pemerintah kedua kerajaan Al-Mutawakkiliyyah. Beliau cuba berjuang merebut kembali kerajaan selama 7 tahun. Selepas harapannya tipis, beliau lari ke Arab Saudi dan berdomisil di Taif. Tahun 1996, beliau pergi ke London dan meninggal di sana. Jasadnya kemudiannya dibawa ke Madinah dan dikebumikan di sana.





Muhammad Al-Badr was the last king of the Mutawakkilite Kingdom of Yemen and leader of the monarchist regions during the North Yemen Civil War. His full name was Al-Mansur Bi'llah Muhammad Al-Badr bin Al-Nasir-li-dinu'llah Ahmad, Imam and Commander of the Faithful and King of the Mutawakkilite Kingdom of the Yemen




Saya mahu tahgu tentang orang ini kerana sewaktu saya baca kitab "Iqtidha-u As Siratil Mustaqaim" karya Syekhul Islam Ibn Taimiyyah, pada bahagian khatimahnya, disebutkan tentang sikap Imam Yahya ini. Beliau tidak pernah meredhai Mazhab Rafidhah dan berlepas diri daripadanya. Beliau, tatkala dihadiahkan kitab " Nasihat Lengkap buat mereka yang mengakui kepimpinan Mu'awiyah" oleh Sayyid Muhammad Aqil, beliau mengarahkan agar kitab itu jangan disebarkan di Yaman. 

Sebelum beliau jadi pemerintah di Yaman, Saheh Bukhari dan Muslim tidak  boleh dibaca kecuali secara sembunyi-sembunyi.  Ini kerana Syiah Zaidiyyah menyifatkannya sebagai kitab puak Nawasib. Apabila beliau jadi pemimpin kerajaan , kitab hadis Bukari dan Muslim pun boleh dibaca secara terbuka dan beliau membelinya dan menyebarkannya di masjid-masjid Yaman.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP