CARI KANDUNGAN BLOG

AZALI, ABADI, AMADI DAN SARMADI

July 17, 2019

Kuliah Tafsir semalam, di Masjid Al-Muhtadin, Sungai Seluang. Saya menyampaikan tafsir  Surah Al-Qosas. Antara lain berkisar pada ayat 71 dan 72 di mana Allah menyebutkan tentang kejadian malam dan siang yang sifatnya bersilih ganti. Seandainya Allah jadikan malam atau siang itu sarmadi, maka siapakan yang mampu menukarkan keadaannya agar tidak sarmadi.

Apakah maksud sarmadi?

Dalam hal ini, ada empat kalimah yang berbeza maksudnya, bercakap mengenai tempoh masa.. Empat kalimah tersebut adalah:

Azali: membawa maksud sesuatu yang tiada permulaan.
Abadi: Iaitu sesuatu yang tiada kesudahannya.
Sarmadi: Sesuatu yang tiada permulaan dan tiada kesudahannya.
Amadi: Sesuatu yang ada permulaan dan ada kesudahannya.

Maka, yang Sarmadi itu hanyalah Allah SWT. Yang Azali itu juga Allah. Yang Abadi itu pun Allah Tetapi Selain Allah, akhirat juga abadi. Nerakanya dan syurganya abadi. Menghimpunkan kedua-dua keadaan itu, Sarmadi, tentunya semata-mata Allah SWT. Yang Amadi itu, dunia inilah. Diciptakan ada pemulaan dan ada kesudahannya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP