CARI KANDUNGAN BLOG

Ana Awwalul Muslimin

September 12, 2019


الآيات: 162 - 163 ( قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين، لا شريك له وبذلك أمرت وأنا أول المسلمين )
Dalam Tuhfatul Ahwazi, Syar jami’ At-Turmizi ( Alhafiz Abi Al-Ali Muhammad Abd rahman bin Abd rahim Al-Murakfuri) disebutkan : maksud Nusuki ialah semua ketaatan dan ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah .(9/375)
Imam Nawawi dalam Syarah Saheh Muslim menyatakan  Maksud “ ana awwalul Muslimin” merujuk kepada nabi SAW dan baginda merupakan orang pertama Islam dari ummat ini setelah manusia menjadi kufur.
Kaum Zindiq menjadikan perkataan “ Ana Awwalul Muslimin” untuk mempersoalkan kebenaran Quran. Kata mereka Quran ada Tanaqudh. Ini kerana sebelum nabi Muhammad sudah ada orang Islam. Nuh sertau yang beriman dengannya. Para nabi lain dan muslimin mukminin bersama mereka. Lalu bagaimana boleh nabi Muhamamd mengatakan baginda orang pertama Islam.
Menjawab persoalan ini, perkataan nabi itu hendaklah dilihat kepada konteks waktu ia diucapkan. Maksud kata2 itu adalah, nabi Muhammad merupakan orang pertama islam dari kalangan ummat ini.
Ayat yang hampr sama diucapkan Musa setelah sedar dari pengsannya di Tursina. Katanya: Ana Awwalul mukminin. Sebelumnya sudah ada yang beriman. Nabi-nabi dna yang bukan nabi, ramai yang beriman dengan Allah. Namun konteks perkataan Musa adalah beriman bahawa di dunia Allah tidak dapat dilihat dan Musa meyakini hal itu.
Ketika ahli dihir Firaun beriman, mereka juga mengucapkan : An Kunna Awwalul mukminin”. Konteks kata mereka ialah mereka orang pertama yang beriman dengan Musa di kalangan kaum Qibti.
Inilah cara memahami ayat-ayat yang Nampak bertanaqudh dalam Quran. Kena ada takwilnya dan bukan mengikut hawa nafsu seperti kaum Zindiq yang mencari-cari kesalahan dalam Quran.
Tahir Ibn Asyur memberikan ulasan yang bernas dengan memberikan makna “Awwalu” itu sebagai semangat dan kuat dalam tindakan. Erinya “akulah orang yang terkedepan dalam semangat dan mahu menjadi Islam. Musa waktu dia kata “ ana Awwalul mukinin, maknanya akulah orang paling kuat percaya selepas sedar daripada pingsan ini. Ayat-ayat seperti ini samalah dengan tegahan Allah:
ولا تكونوا أول كافر به 


Dan jangan kamu jadi orang pertama yang kafir”. (Al-Baqarah:41)
Pertama apa? Sudah ramai yang kafir sebelum daripada itu. Sejak zaman Nuh lagi. Namun maksudnya ialah, jangan kamu jadi orang yang bersemangat dan kuat untuk kekafiran.
Maka , Awwal itu maknanya ke depan. Mengetuai. Ekstrim.
Orang putih cakap : be the first.  Safety first. I’m the first.  (Semua itu bukan makna pertama dan orang lain kedua ketiga dan sterusnya. Maknanya , jadilah orang paling hebat, kuat dan terkedepan pada masa itu)





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP