CARI KANDUNGAN BLOG

Penamat Surah Maryam-Rikza

September 9, 2019

وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هَلْ تُحِسُّ مِنْهُم مِّنْ أَحَدٍ أَوْ تَسْمَعُ لَهُمْ رِكْزًا (98)

Berapa banyak generasi lampau yang telah Kami binasakan, adakah pancainderamu dapat mengesan susur galur mereka atau kamu dapat dengar desas desus tentang mereka?

Selain kaum yang binasa yang telah ceritakan dalam Quran, ada banyak lagi kaum binasa yang Allah tidak ceritakan. Mereka dibinasakan ekrana derhakanya mereka kepada Allah SWT. Pada hari ini, kita tidak dapat menyelidiki pun tentang kewujudan merka kerana tiada lagi kesan tinggalan mereka. Tiada manuskrip yang mendedahkan mengenai mereka. Tiada juga cerita lisan yang boleh didengar sebagai lipur lara.

Tiada...semua tiada. Mereka lenyap tidak bernesan. Mereka hilang tiada disebut pada lisan.

Tiada sekalipun "rikza".

 والركز: الصوت الخفي

Kata Syeikh As-Sa'di:

لم يبق منهم عين ولا أثر، بل بقيت أخبارهم عبرة للمعتبرين، وأسمارهم عظة للمتعظين.

" Tiada tinggalan yang boleh disaksikan, tetapi ada khabar untuk mereka yang mahu ambil iktibar dan hikayat mereka boleh jadi nasihat buat orang yang mahu dinasihati".

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP