CARI KANDUNGAN BLOG

KEJAHILAN ORANG MUSYRIK

October 3, 2019

Jahil itu lawannya ilmu. Seorang yang jahil tentang sesuatu, kejahilannya itu akan menjadi keuzuran (Excuse) buatnya. Ada dua situasi yang perlu dijelaskan secara berasingan:

1) Jahil orang kafir.

Seseorang yang masih kafir, jika dia jahil tentang Islam disebabkan tidak sampai kepadanya dakwah Islam, maka kejahilannya tidak menjadikannya muslim di dunia. Dalam dunia ini, dia dihukumkan kafir dan jika mati, matinya dihukumkan mati sebagai kafir. Namun, kelak di akhirat, dia akan diberi cubaan oleh Allah untuk menentukan penerimaannya terhadap dakwah Islam. 

Terdapat beberapa pandangan mengenai orang  kafir yang tidak sampai kepadanya dakwah Islam. Mereka ini juga disebut dengan nama "Ahlil fatrah". Namun pandangan yang paling kuat adalah dia akan diuji dengan Rasul di kalangan malaikat pada hari kiamat nanti. Jika dia ditakdirkan sejak azali mengikut kebenaran, dia akan mengikut rasul itu. Namun, jika sudah suratan azalinya dia engkar, dia akan tetap menolak seruan Rasul itu.

2) Jahil seorang Muslim. 

Kejahilan mungkin terjadi dalam pelbagai bidang. Jahil dalam mana-mana bidang pun, ia menjadi sebab keuzuran (excuse).  Jahil dalam bab feqah ibadat, buat sesuatu yang membatalkan solat sebab jahil, dihukumkan tidak batal solatnya. Jahil juga diiktiraf  dalam bidang akidah sekalipun.  Ambil satu kisah yang disebutkan dalam hadis mengenai seorang berwasiat agar anak-anaknya membakar mayatnya selepas dia mati dan debunya dihambur ke lautan. Dia jahil tentang sifat Allah dan kerana itu Allah ampunkannya.

Rujuk Saheh Bukhari Jilid 2 MS 500

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP