CARI KANDUNGAN BLOG

BENARKAH ALI PERNAH MEMBERIKAN SEDEKAH KETIKA RUKUK?

November 19, 2020

Rukuk adalah salah satu perbuatan dalam solat. Ia merupakan rukun bagi solat. Tidak sah solat tanpa rukuk. terdapat riwayat yang disebarkan bahawa Ali bin bin Abi Talib pernah memberikan sedekah sebentuk cincin kepada seornag yang meminta, padahal ketika itu beliau sedang dalam keadaan rukuk. Inilah yang menjadi sebab turunnya ayat Quran yang berbunyi:

 

 

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ



Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka rukuk (tunduk kepada Allah).)


Berhubung dengan tafsiran ini, dibawakan sebuah hadis yang menyebutkan bahawa Ali bin Abi Talib telah memberikan zakat dalam bentuk cincin ketika beliau sedang dalam rukuk solat. 

 

" Pada satu hari nabi keluar untuk solat di masjid dan orang ramai sedang dalam keadaan  antara qiam dan rukuk, Ada seorang pengemis dan bai bertanya kepadanya, apakah dia telah mendapat pemberian? Katanya dia sudha dapat. Nabi tanya, apa yang diperoolehinya. Katanya sebentuk cincin perak. Siapa yang berikan? Katanya orang itu, sambil ditunjukkan kepada Ali. Keadaan bagaimana dia berikan kepadamu? Katanya dalam keadaan rukuk. Maka nabi bertakbir dan membacakan ayat di atas".

  

Riwayat seperti ini telah dikritik oleh Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya dan menyifatkan sanadnya daif dan perawinya tidak diketahui. Syeikhl Islam dalam Minhajus Sunnah menifatkan riwayat ini sebagai maudhu' dan menyenaraikan jawapan balasnya yang menolak tafsiran ayat dikaitkan dengan peristiwa yang diada-adakan itu. (Rujuk: Islamqa)




 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP