CARI KANDUNGAN BLOG

Kemunculan Muktazilah

June 6, 2021

 Wasil bin Ata' adalah pemula kepada Muktazilah. Beliau adalah murid kepada Imam Hasan Al-Basri. Satu hari ada seorang murid Imam Hasan Al_basri bertanya tentang sikap bagaimana menanggapi kemuculan golongan Khawarij yang mengkafirkan pelaku dosa besar dan golongan Murjiah yang memisahkan antara iman dengan amal. Imam Hasan al-Basri berfikir dan sebelum beliau menjawab Wasil bin Ato' mencelah mengemukakan pendapatnya dengan mengatakan :


" Bagiku, sang pelaku dosa besar bukan mukmin sebenar dan bukan pula orang kafir. "

Lalu beliau membuat halaqah baru dalam masjid dan menetapkan prinsip MANZILATUN BAINA MANZILATAIN, 

Maka Hasan Al-Basri menyifatkan Wasil dan pengikutnya telah ber'iktizal daripadanya. Daripada perkataan Hasan Al-basri itulah nama kumpulan merekan dinamakan Muktazilah. Kekadang Muktazilah juga disebutkan sebagai Qodariyyah dan Mua'attolah.

Dalam perkembangan selanjutnya, Muktazilah berpecah kepada dua "school of Thought"m (madrasah) iaitu Madrasah Basrah yang diasaskan oleh Wasil bin Ato' dan madrasah Baghdad yang diasaskan oleh Basyar bin Al-Mu'tamar, antara dua madrasah ini ada khilaf dalam masalah yang pelbagai.

Namun semua mukltazilah bersepakat dalam lima usul pokoknya iaitu:

a) Tauhid

b) Adil

c) Al-Wa'du wal Wa'id

d) Manzilatun Baina Manzilatain

e) Al_amru bil Ma'ruf wan Nahyu 'anil munkar.


Setiap satu prinsip menerbitkan tatbiq dalam amalan.


Daripada prinsip Tauhid muktazilah, mereka percaya bahawa Allah tidak boleh dilihat sama ada di dunia maupun di akhirat. Mereka menolak seluruh sifat Allah dan hanya beriman dengan zat Allah dan Quran itu adalah makhluk.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP