June 3, 2021

IBN RUSYD

Ada dua orang yang berkongsi gelaran ini. Para ulama membezakan kedua-diuanya dengan menyebut Ibn Rusyd (Datuk) dan Ibn Rusyd (Cucu).

Kedua-duanya ada persamaan iaitu:

a) Nama kedua-duanya sama iaitu: Muhamamd bin Ahmad

b) Kinayah kedua-duanya sama iaitu: Abu Al-Walid.

c) Kedua-duanya menjawat jawatan Hakim di Cardoba.


Perbezaan antara kedua-duanya:

a) Ibn Rusy (Cucu) meninggal  tahun 595H manakala Ibn Rusyd (datuk) meninggal tahun 520H



Tentang Ibn Rusyd Al-Hafid (cucu) ini, kata Ibn Taimiyyah ( Dalam kitab Bayan Talbis Al-Jahmiyyah {1/120}:


هو من أتبع الناس لأقوال آرسطو

" Dia adalah orang yang paling tegar mengambil perkataan Aristotale"




Ibn Rusyd Al-Hafid inilah yang mengarang kitab Bidayah Al-Mujtahid Wa Nihayah Al-Muqtasid

Namun, dia tenggelam dalam falsafah sehingga dapat dikesan melalui tulisannya kecenderungannya kepada akidah golongan falsafah dalam beberapa hal.B\

Beliau tidak menjadikan Hadis nabi sebagai sandaran dan rujukan dalam karyanya.






No comments:

CARI KANDUNGAN BLOG