CARI KANDUNGAN BLOG

Ikhtilaf dalam pentafsiran: Ikhtilaf Tanawwu' (Kepelbagaian) dan Ikhtilaf Tadhad( Berlawanan)

February 4, 2023

Wujud Ikhtilaf di kalangan mufassirin dalam memahami Al-Quran dan ikhtilaf itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu:



a) Ikhtilaf At-tanawwu' (Variasi)

b) Ikhlaf At-tadhad ( Kontradik)


Bentuk  Ikhtilaf Tanawwu':


1) Variasi nama dan sifat.


Seperti barat untuk pedang yang berbeza: Al-hindi dan As-sorim.

Umpamanya perbezaan dalam menafsirkan "Siratal mustaqim" dalam surah al-Fatihah. Ada kata ia adalah Al-Quran dan ada yang kata ia adalah Islam. Ada juga tafsirkanya sebagai Sunnah wal jama'ah, jalan ubudiyyah dan taat kepada Allah dan Rasul.

Demikian ketika menafsirkan maksud " Salwa" ada kata ianya burung itu dan ini.Berbagai-bagai tafsiran tentangnya, namun semuanya boleh diterima. Tidak berlawanan satu sama lain.

Umpamanya dalam menafsirkan makna DIHAQAN aa perbezaan tafsirannya kepada beberapa makna dan ianya adalah misal kepada apa yang dimaksudkan: Dihaqan diertikan PENUH, BERTURUT-TURUT dan lain-lain

Maka, yang berlaku adalah variasi sifat tetapi mausuf tetap sama!


2) Tafsir dengan cara mendatangkan misal/contoh.


ثم لتسألن يومئذ عن النعيم

Kalimah NA'IM ditafsirkan dengan AMAN, SIHAT, MAKAN& MINUM.

Ia juga ditafsirkan "keringanan syariaat Muhammadiyyah". Juga diertikan dengan IDRAK yang ada pada pancaindera yang lima.

3) Menafsirkan kalimah yang diihtimalkan dua makna sama ada ia MUSYTARAK atau MUTAWATI'

Kalau MUSYTARAK ialah seperti tafsir QASWARAH.

Firman Allah SWT:

فَرَّتْ مِنْ قَسْوَرَة

QASWARAH boleh diertikan pemanah, anak panah atau singa.


4) Ditafsirkan dengan makna yang berhampiran



Contoh:


Firman Allah SWT:


ولقد خلقنا السماوات والأرض وما بينهما في ستة أيام وما مسنا من لغوب


Kalimah Lughub diertikan dengan: Penat (Nasabun), Beban ( 'Ana')dan Kejemuan (Sa'aamah)


Rujuk: Qalamedu



IKHTILAF TADHAD


Perbezxaan pendapat mufassirin yang tidak ada titik temu dan berlawanan antara satu sama lain disebut Ikhtilaf Tadhad. Ianya adalah perbezaan Kontradik. Apabila diambil pandangan salah satunya, maka pandangan yang lain hendaklah dibuang. Inilah yang dimaksudkan dengan Ikhtilaf Tadhad. Ia berlaku di kalangan mufassirin, namun tidak banyak.

Contoh ikhtilaf jenis ini ialah sebagaimana berlaku dalam memahami firman Allah SWT dalam Surah As-Saffat, ayat 100-113:


رَبِّ هَبْ لِي مِنْ الصَّالِحِينَ * فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ * فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنْ الصَّابِرِينَ * فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ * وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ * قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ * إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ * وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ * وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ * سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ * كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ * إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ * وَبَشَّرْنَاهُ بِإِسْحَاقَ نَبِيًّا مِنْ الصَّالِحِينَ * وَبَارَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلَى إِسْحَاقَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌ وَظَالِمٌ لِنَفْسِهِ مُبِينٌ

Apa yang dikhilafkan ialah mengenai siapa Ghulam Halim tersebut. Ada pendapart kata dia adalah Ismail dan ada kata dia adalah Ishak. Maka anak yang disembelih nabi Ibrahim lalu digantikan dengan kibasy itu menurut pendapat Qatadah, Hasan ibn Juraij dan Kaab Al-Ahbar adalah nabi Ishak. Manaka menurut pendapat Ibn Abbas, Ibn Umar, Said bin Al-Musayyab, Said bin Jubair dan lain-lain, anak yang dimaksudkan itu ialah nabi Ismail. Kedua-dua pandangan ini membawa hujjah masing-masing dan syubhat yang dikenakan atas pandangan sebaliknya. 

Contoh lain yang boleh didatangkan untuk menjelaskan ikhtilaf ini ialah perbezaan tafsir makna quru'   dalam Surah Al-Baqarah, ayat 228:

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلاثَةَ قُرُوءٍ 

Tafsiran pertama makna Quru' ialah Haid dan ia adalah pendapat Jumhur (Pendapat Umar Al-Khattab, Ali, Ibn Mas'ud,  Ikrimah, Ad-Dhohak dan lain-lain. 


Tafsiran kedua ialah Quru' adalah Suci dan ia menjadi pendapat sebilangan Salaf seperti Ibn Umar, Zaid bin Tsabit dan Aisyah Ummul Mukminin

Kedua-dua penafsiran atas makna Quru' ini adalah kontradik dan tidak boleh didudukkan bersama. Satu pendapat menafikan pendapat yang lain.







1 comments:

Online Quran Academy February 27, 2024 at 1:57 PM  

A thought-provoking exploration of disagreement in interpretation: Ikhtilaf Tanawwu' and Ikhtilaf Tadhad. This article beautifully navigates the complexities of diverse interpretations within Quranic scholarship. Thank you to the author for shedding light on this important aspect of Quranic studies.

For those seeking a deeper understanding of Quranic interpretation and its diverse perspectives, I highly recommend visiting QAF Quran Academy. It's an invaluable resource for comprehensive Quranic education, fostering appreciation for the richness of interpretive traditions. Kudos to the author for delving into this fascinating topic!

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP