CARI KANDUNGAN BLOG

PENAFSIRAN QURAN DARI SUDUT BAHASA SEMATA-MATA

February 4, 2023

Abu Ubaidah Ma'mar bin Al-Muthanna Al-Mu'tazili adalah seorang ahli tafsir aliran muktazilah yang mengggunakan tafsiran secara bahasa semata-mata. Beliau tidak merujuk kepada asbab nuzul dan lain-lain panduan dalam tafsir. Dia bergantung kepada bahasa sahaja. Seolah-olahnya Quran adalah sebuah kitab bahasa dan ini menjadi punca kesilapannya dalam penafsiran. Ibn Taimiyyah mengkritik kaedahnya ini dalam Muqaddimah Fi Ulumi Tafsir, Ms 81.

Ulama sezamannya (Abu Ubaidah) juga ramai menolak pendekatannya dalam tafsir seperti Al-Asomma'i, Abu Hatim As-Sijistani, Al-Farra', Abu Umar Al-Jurmi, At-Tobari dan lain-lain.

Sebagai contoh ialah penafsirannya bagi ayat 11 Surah Al-Anfal:

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ


11. (Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu).


Beliau menafsirkan makna "tathbit bagi Aqdam" ialah kesabaran hati untuk menghadapi musuh sedangkan makna zahirnya adalah kaki-kaki menjadi mantap berjalan di atas pepasir kerana hujan yang turun telah mengejapkan struktur pasir itu.

1 comments:

Online Quran Academy February 27, 2024 at 2:03 PM  

A fascinating examination of Quranic interpretation through a linguistic lens! This article underscores the significance of language in unraveling the Quran's depth. For further exploration, visit QAF Quran Academy for comprehensive Quranic education. Well done to the author for shedding light on this vital aspect!

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP