CARI KANDUNGAN BLOG

Tafsir ayat 207 Surah Al-Baqarah-Manusia yang menjual dirinya demi redha Allah SWT

July 2, 2024

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah , ayat 207:

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشْرِى نَفْسَهُ ٱبْتِغَآءَ مَرْضَاتِ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ رَءُوفٌۢ بِٱلْعِبَادِ

 Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.

Sumber-sumber tafsir Syiah mengaitkan Sebab Nuzul ayat ini kepada peristiwa pengorbanan Saidina Ali bin Abi talib yang berani tidur atas katil Nabi SAW pada malam hijrah baginda. Tindakan Ali tersebut dipuji oleh Allah SWT dan dianggap sebagai perbuatan yang menjual diri demi mendapat redha Allah SWT.

Sumber Ahli Sunnah (Sperti tafsir Al-Wasit oleh  Sayyid Tantawi) menukilkan pandangan sebahagian Mufassirin yang mengaitkan Asbab Nuzul bagi ayat tersebut adalah pengorbanan Suhaib bin Sinan Ar-Rumi yang meninggalkan hartanya di Mekah demi agar dia dibenarkan hijrah Ke Madinah. Ada juga riwayat-riwayat lain yang mengaitkan Sebab Nuzul dengan pengorbanan Ammar bin Yasir dan juga Khabab bin Al-Irth serta lain-lain ornag beriman yang berjihad di jalan Allah SWT.

Dalam tafsir Al-Baghawi dibawakan riwayat daripada Ibn Abbas dan Ad-Dhohak bahawa ayat ini diturunkan berkaitan peristiwa Bi'ru Ar-Raji' (Tragedi Telaga Ar-Raji') yang menyaksikan beberapa sahabat Nabi dibunuh dan ada yang ditawan dan dijual di Kota Mekah kepada orang kafir Musyrikin. Antaranya adalah sahabat Nabi yang bernama Khubaib bin Adiy.

Dikatakan juga bahaw apujian itu dituju kepada keberanian Az-Zubair bin Al-Awwam  serta Miqdad bin Al-Aswad yang bergadai nyawa menjalankan perintah Nabi SAW menurunkan jasad Khubaib bin Adiy dari kayu salib di mana dia dibunuh di Tan'im. 

Maka, melihat kepada pelbagai sandaran sebab nuzul yang dinyatakan, maka kaedah yang digunakan adalah :

العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP