Tafsir Surah Al-Qolam: Ayat 13
December 5, 2024
Firman Allah SWT:
عُتُلٍّ بَعْدَ ذَٰلِكَ زَنِيمٍ (13)
Yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya,
Kata At-Tobari dalam tafsirnya, maksud kalimah ( عُتُلٍّ ) ialah:
الجافي الشديد في كفره
Yang sangat keras dan degil dengan kekufurannya.
الأكول الشروب القويّ الشديد
Banyak makan, banyak minum dan sangat kuat
Al-Kalbi dan Al-Farra' memberikan ertinya:
الشديد الخصومة بالباطل
Sangat menentang dan mempertahankan kebatilan
Kata kerja yang tekait dengan kalimah itu boleh dilihat dalam ayat yang lain yang berbunyi:
خذوه فاعتلوه
Ia membawa maksud tarik dengan menyeret dengan kasar
Smentara kalimah ( زَنِيمٍ ) membawa erti seseorang yang dinasabkan kepada seseorang sedangkan dia bukan dari ornag itu. Dengan kata lain anak zina.
الملصق بالقوم وليس منهم
Kalimah ini dari sudut bahasa merujuk kepada kalimah ( زنمة ) iaitu potongan daripada telinga unta atau kambing yang tergantung di telinganya dan dengannnya dikenali. Maka ia digunaka untuk seseorang yang terkenal dengan kejahatannya sebagaimana unta dan kambing itu dikenali.
Kata Ikrimah Zanim adalah:
الدعيّ
Sesetengah mufassirin mengatakan zanim itu adalah sifat fizikal yang ada pada orang itu seperti sifat fizikal kambing atau unta yang telinganya terkopek .
Majoriti Mufassirin menyatakan sifat-sifat dalam rangkaian ayat ini merujuk kepada Al-Walid bin Al-Mughirah, bapa kepada Saidina Khalid bin Al-Walid.
Namun, melihat kepada salah satu tafsiran yang menyebutkan zanim itu adalah anak zina, kaitan ayat ini dengan Al-Walid dipertikaikan oleh sebahagian pengkaji. Sekaligus ia mencemarkan keabsahan nasab Khalid bin Al-Walid kepada Bani makhzum yang merupakan salah satu BUTUN Quraisy.
Ada orang lain yang dirujuk sebagai terkait dengan ayat iaitu AL-AKHNAS BIN SYURAIQ BIN AMRU BIN WAHAB AS-TSAQAFI yang bertahalluf dengan Bani Zuhrah dan beliau adalah kalangan pembesar kaum yang katanya didengar. Beliau menentang dakwah Rasulullah SAW dan memusuhi baginda.
Tambahan pula ada perbezaan pandangan kalangan mufassirin dalam meberi makna kepada kalimah ZANIM. Imam At-Tobari menyebutkan pandangan mengenainya dalam tafsirnya:
1) Yang tercela akhlaknya
2) Yang buruk akhlaknya
3) Yang dikaitkan dengan kaum tetapi bukan dari kaum (tidak semestinya anak zina)
4) Orang yang dicurigai dan terkenal jahat
5) Orang zalim
6) Alamat kufur
Riwayat yang menyebutkan bahawa Al-Walid bin Munghirah tatkala turun ayat yang menyebutkan ZANIM, dia pergi kepada ibunya dan bertanya lalu keluar pengakuan ibunya bahawa dia berzina dengan seseorang demi menjaga harta Al-Mughirah daripada dapat kepada adik beradiknya adalah riwayat yang tidak boleh dijadikan hujjah dan kesahihannya tidak otentik.
Bacaan daripada: Addyaiya
Ada ayat lain dalam surah Al-Mudassir yang lebih jelas merujuk kepada Al-Walid bin Al-Mughirah iaitu:
ذَرْنِي وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيدًا (11) وَجَعَلْتُ لَهُ مَالًا مَّمْدُودًا (12) وَبَنِينَ شُهُودًا (13) وَمَهَّدتُّ لَهُ تَمْهِيدًا (14) ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ (15) كَلَّا ۖ إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيدًا (16) سَأُرْهِقُهُ صَعُودًا (17) إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ (18)
0 comments:
Post a Comment