CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 308

July 20, 2011

TARIKH:     20/ 07/2011
MUKA SURAT :308
SURAH MARYAM: Ayat: 39-51


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

Rujuk Tafsir Al-Qurtubi


ULASAN DAN PERSOALAN


1) CIKGU KHAIRUDDIN

a) Semalam dijelaskan bahawa kalangan yang masuk Islam dari orang Kristian adalah cerdik pandai mereka. Sementara dari Islam yang masuk Kristian pula dari kalangan yang bukan cendikia. Bagaimana halnya dengan beberapa individu yang murtad seperti Azhar Mansur yang telah mengelilingi dunia.


Ust Kama: Pertamanya, kemurtadan yang dituduh kepada Azhar Mansur masih kabur. Azhar Mansur juga  bukan seornag cendikiawan. Seorang nelayan Laut Sulu pun boleh mengelilingi dunia kalau diberikan kapal layar canggih kepadanya. Cendikiawan Barat yang masuk Islam amat ramai dan berbagai-bagai profesion mereka.

 b) Becakap tentang Istighfar nabi Ibrahim untuk bapanya, bagaimana pula doa arwah yang selalu dibacakan, apakah ia tidak menyalahi Islam?


2) BUNYAMIN

Apakah kedudukan anak-anak orang kafir dio akhirat kelak. Ada yang mengatakan kanak-kanak enggan masuk syurga kalau ibu bapa mereka tidak bersama. Bagaimana dengan ibu bapa mereka yang kafir?


3) HJ . JAAFAR

Siti Sarah membenarkan nabi Ibrahim kahwin lain iaitu dengan Siti Hajar. Apakah balasan bagi isteri yang membenarkan suaminya kahwin lain itu adalah syurga?


4 ) SAMIT

Kekufuran ayah nabi Ibrahim disebutkan dalam Quran dan banyak diperkatakan. Mengapa pula tentang kekufuran ibu bapa nabi SAW kurang disebut ?


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP