CARI KANDUNGAN BLOG

Yaumul Hasrah

July 20, 2011


وأنذرهم يوم الحسرة إذ قضي الأمر وهم في غفلة وهم لا يؤمنون، إنا نحن نرث الأرض ومن عليها وإلينا يرجعون
Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara Telah diputus. dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman. Sesungguhnya kami mewarisi bumi dan semua orang-orang yang ada di atasnya, dan Hanya kepada kamilah mereka dikembalikan.
(Surah Maryam : Ayat 39-40)

Yaumul Hasrah adalah salah satu nama bagi hari Qiamat. Ertinya ialah hari yang merugikan. Kerugian itu dirasai oleh orang-orang yang kafir dan mereka yang kurang persediaan amal semasa hidup di dunia.Pada hari kiamat setiap daripada mereka akan merasa menyesal dan merasa rugi.Setelah hitungan amal dibuat dan ahli syurga ditentukan dan ahli neraka juga ditentukan, maka mereka yang lalai semasa hidup di dunia merasa sangat menyesal. Orang yang tidak beriman lebih-lebih lagi penyesalannya.

Disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim:


عن أبي سعيدٍ الخُدْرِيّ - رضي الله عنه -: أنَّ النبيَّ - صلى الله عليه وسلم - قال: ((يُجاء بالموت يوم القيامة كأنه كبشٌ أَمْلَحُ - زاد أبو كُرَيْب: فيُوقَفُ بين الجنَّة والنَّار - فيُقال: يا أهل الجنَّة، هل تعرفون هذا؟ فيَشْرَئِبُّون وينظرون ويقولون: نعم، هذا الموتُ))، قال: ((ويُقال: يا أهل النَّار، هل تعرفون هذا؟ قال: فيَشْرَئِبُّون وينظرون ويقولون: نعم، هذا الموت))، قال: ((فيُؤمَر به فيُذبَح))، قال: ((ثم يُقال: يا أهل الجنة، خلودٌ فلا موت، ويا أهل النَّار، خلودٌ فلا موت))، قال: ثم قرأ رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: (({وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ} [مريم: 39]))، وأشار بيده إلى الدنيا


Dari Abu Sa'id Al-Khudri RA bahawa nabi SAW telag bersabda: Pada hari qiamat, maut akan ditampilkan seperti seekor Kibas yang hitam tubuhnya dan putih kepalanya.( Abu Kuraib menambah: Lalu diletakkan berdiri antara syurga dan neraka). Lalu dikatakan kepada ahli Syurga: Adakah kalian tahu apakah ini?Lalu, ahli syurga pun berkerumun dan melihatnya dan mereka pun berkata: Ya, kami tahu, ia adalah maut. Sabda Nabi seterusnya: Wahai Ahli Neraka,adakah kalian tahu apakah ini? Lalu, ahli neraka berkerumun dan melihatnya. Mereka pun berkata: Ya, kami tah, ini adalah maut. Sabda nabi lagi: Kemudian kibas itu pun disembelih. Lalu dikatakan kepada ahli syurga: Kekallah kamu dalam syurga dan tiada mati lagi. Dikatakan pula kepada ahli neraka: Kekallah kalian dan tiada mati lagi.  Kemudian Nabi SAW membacakan ayat:

وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara Telah diputus. dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman.(Maryam: 39)

Sementara baginda mengisyaratkan dengan tangannya kepada dunia.


Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa tidak ada seornag pun yang masuk ke neraka melainkan sebenarnya dia mempunyai rumah dalam syurga. Apabila dia masuk neraka, maka rumah dalam syurga itu diwarisi oleh ahli syurga yang lain. Maka, merasa rugilah ahli neraka tersebut.

Boleh juga difahami bahawa perasaan merugi ini turut dirasai oleh mereka yang masuk ke syurga tetapi berada pada tingkat yang bawah. Mereka akan mengeluh menyesali kekurangan amal diri kerana tidak mendapat tempat di syurga yang lebih tinggi darjatnya.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP