CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 311

July 27, 2011

TARIKH:     27/ 07/2011
MUKA SURAT :311
SURAH MARYAM: Ayat:77-94


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. SABARUDDIN
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN

1) HJ. JAAFAR

Surah yang pertama diturunkan adalah surah Al-Alaq tetapi kenapa surah Al-fatihah pula yang digelar "ummul Kitab?".

Ust Kama: Datang awal tidak bermakna lebih baik daripada yang kemudian. Nabi Muhammad datang sesudah Adam, malah sesudah semua nabi-nabi yang lain. Namun,nabi kita Muhammad adalah penghulu kepada semua anak Adam. Kelebihan yang terkandung dalam surah Al-Fatihahlah yang menyebabkan ia digelar Ummul Kitab. Seperti mana kelebihan yang ada pada nabi Muhammad SAW berbanding semua manusia lain.



2) EN.HAZIQ


a) Menjelang Ramadhan ini, kita sering didedahkan dengan beberapa hadis yang sebahagiannya maudhu' dan sebahagiannya daif. Apakah kedudukan hadis-hadis maudhu' dan daif ini dalam Islam?

Ust Kama: Hadis maudhu' memang tiada nilainya sama sekali. Sementara hadis daif,para ulama berbeza pandangan mengenainya hukum beramal dengannya. Sebahagian ulama membolehkan ia diamalkan dalam permasalahan Fadhail.


b) Doa berbuka puasa yang selalu kita bacakan itu dikatakan bersandarkan hadis daif. Apakah doa yang  saheh?

Ust Kama: Doa berbuka puasa  yang  lebih baik diamalkan ialah :


ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

Doa ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan Darut Qutni, disebutkan oleh Ibn Hajar dalam Talkhis Al-Habir . Darut Qutni mengatakan bahawa sanad hadisnya Hasan.

Sementara itu,doa yang kerap juga dibacakan:

اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت


Doa ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud melalui sebuah hadis Mursal. Albani menyifatkannya sebagai hadis yang Daif.


3) SURADI


Bagaimanakah caranya imam digantikan oleh orang lain sewaktu dia terbatal solat ketika duduk tahiyyat akhir?





Ust Kama: Makmum di belakang imam yang perlu dilantik oleh imam itu menggantikannya.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP