CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 335

January 24, 2012

TARIKH 23/ 01/2012
MUKA SURAT :335
SURAH AL-HAJJ: AYAT 24-30


PENGERUSI                     : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED        :MAS SSURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


Allah menegaskan bahawa mereka yang telah berjaya memasuki syurga Allah di akhirat adalah mereka yang sebenarnya dikurniakan hidayah untuk mengungkapkan kalimah yang baik dan menempa jalan terpuji. Kalimah yang baik dimaksudkan itu adalah kalimah "La Ilaha Illallah dan Alhamdulillah"(menurut Ibn Abbas).

Sementara orang-orang kafir, kerana sikap mereka yang menghalang orang lain daripada mengikuti jalan Allah, maka mereka dibalas dengan neraka. Di anatara halangan ke jalan Allah yang mereka lakukan ialah menghalang orang-orang Islam daripada memasuki kota Makkah untuk melaksanakan ibadah haji pada tahun ke-9 Hijriah di mana halangan tersebut membawa kepada termetrainya Pejanjian Hudaibiah. Allah tidak merestui mana-mana perbuatan menghalang orang datang mengerjakan haji kerana kewujudan masjidil haram tersebut sebagai tempat ibadat adalah untuk semua orang. Ia adalah untuk penduduk kota Makkah dan juga mereka yang datang luar Kota Makkah.

Perbuatan tersebut disifatkan sebagai "ilhad" iaitu cenderung kepada perbuatan zalim. Mahu cenderung kepada perbuatan zalim di Makkah akan dibalas dengan azab yang pedih. Perbuatan maksiat di Kota Makkah, dosanya berganda berbanding di tempat lain.


ULASAN TAMBAHAN &  PERSOALAN 

1) MAS SURADI

a) Seseorang yang mengatakan belum sampai seru bila ditanya tentang hajinya, apakah jawapan tersebut selari dengan konsep seruan haji oleh nabi Ibrahim?

b) Seseorang itu disertai Qarinnya ketika lahir. Apakah Qarin ini bersamanya juga di alam janin?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP