CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 338

January 31, 2012

TARIKH 30/ 01/2012
MUKA SURAT :338
SURAH AL-HAJJ: AYAT 47-55


PENGERUSI                     : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED        :MAS SURADI
TERJEMAHAN                : OTING BIN ENCHE
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN 


1) CIKGU KHAIRUDDIN



Hari Kiamat dirahsiakan Allah SWT. Namun ada tanda-tandanya. Apakah dengan tanda-tandanya itu, tidak bermaksud bahawa hari kiamat dapat dijangkakan masanya?



2) HJ. JAFAR


Khutbah Jumuat minggu ini (yang lepas ), khatib menegaskan bahawa perbuatan menyedekahkan pahala kepada Rasulullah SAW tidak perlu kerana semua amalan maupun bacaan kita tetap sampai pahalanya kepada Rasulullah SAW. Apakah maknanya itu?

Ust Kama: Rasulullah SAW adalah penyebab kepada hidayah yang kita perolehi. Justeru, segala yang kita lakukan sesuai dengan hidayah itu, pahalanya juga dipetik oleh Rasulullah SAW. Sedekah pahala kepada nabi tidak pernah diamalkan oleh generasi salafus soleh.



3) MR. J


a) Saya ada mentua yang belum Islam, bolehkan saya mendoakan agar Allah mengampunkan mereka?

Ust Kama: Mendoakan keampunan untuk orang kafir  adalah dilarang.


b) Bagaimana pula cara isteri saya hendak mendoakan buat kedua orang tuanya?

  Ust Kama: Doakan agar Allah berikan mereka hidayah kepada Islam.



4) HJ. MARIJIN


Apakah perbezaan antara nabi dan Rasul?

Ust. Kama: Perbezaan jelas antara keduanya adalah perintah tabligh.  Rasul di suruh tabligh sedangkan nabi tidak diperintahkan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP