CARI KANDUNGAN BLOG

Kamu adalah dari kalangan yang pertama!

January 31, 2012

 وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ مَاتُوا لَيَرْزُقَنَّهُمُ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ 

Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, Kemudian mereka di bunuh atau mati, benar-benar Allah akan memberikan kepada mereka rezki yang baik (surga). dan Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezki.
( Surah Al-Hajj: Ayat 58)
ومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله

 
Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi Ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), Maka sungguh Telah tetap pahalanya di sisi Allah. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah An-Nisak: Ayat 100)

Menjadi kebiasaan Rasulullah SAW mengunjungi masjid Quba dan menunaikan solat di sana. Satu ketika, dalam ziarah baginda ke sana, baginda singgah di rumah Ummu Haram binti Milham. Beliau adalah seorang wanita ansar yang antara terawal masuk Islam. Nama sebenarnya adalah Ummu Haram binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin Adi bin Najar al-Anshariyah an-Najariyah al-Madiniyah.

Beliau adalah saudari Ummu Sulaim, iaitu ibu saudara  dari Anas bin Malik pembantu Rasulullah saw. Beliau adalah istri dari sahabat yang agung yang bernama Ubadah bin Shamit. Kedua saudaranya adalah Sulaim dan Haram yang keduanya menyertai perang Badar dan Uhud dan kedua-duanya syahid pada perang Bi’ir Ma’unah. Adapun Haram adalah seorang pejuang yang tatkala ditikam dari belakang beliau mengatakan, “Aku telah berjaya demi Rabb Ka’bah.”
Rasulullah telah tidur siang (mungkin qailulah) di rumah Ummu Haram. Ketika baginda tersedar daripada tidurnya, baginda ketawa. Ummu Haram kehairanan dan bertanya. Lalu, baginda bersabda:
نَاسٌ مِنْ أُمَّتِى عُرِ ضُوْا عَلَيَّ غَزَا ةِّفِى سَبِيْلِ الله ِ,يَرْكَبُوْنَ ثَجَّ هَذَا الْبَحْرِ مُلُوْكًا عَلَى اْلأُ سْرةِ أَوْمِثْلَ الْمُلُوْكِ عَلَى اْلأُ سْرَةِ

Sekelompok manusia dari umatku diperlihatkan kepadaku, mereka berperang di jalan Allah dengan berlayar di lautan sebagaimana raja-raja di atas pasukannya atau laksana para raja yang memimpin pasukannya.’

Lantas, Ummu Haram minta agar Rasulullah mendoakan agar dia dari kalangan mereka. Permintaannya dikabulkan oleh Rasulullah.

Seterusnya Rasulullah SAW menyambung tidurnya sehingga kemudian baginda tersedar semula dan baginda ketawa lagi.  Ummu Haram bertanya mengenai apa pula ketawa Rasulullah SAW itu. Baginda pun bersabda:


نَا سٌ مِنْ أُمَّتِي عُرِ ضُوا عَلَيَّ غُزَا ةًفِي سَبِيلِ الله ِمِءْلُ الْمُلُوكِ عَلَى اْلأْ سْرَ ةِ

Sekelompok manusia dari umatku diperlihatkan kepadaku tatkala berperang di jalan Allah laksana raja bagi pasukannya.’

Ummu Haram sekali lagi memohon Rasulullah SAW agar mendoakan dia dari kalangan mereka. Namun Rasulullah menjawab dengan sabdanya:

أنت من الأولين
" Kamu dari kelompok yang pertama"


Pada tahun 27 Hijriyyah, semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, Mu'wiyah binti Abi Sufyan yang merupakan gabenor di Syam telah membentuk armada laut di perairan meditrenean. Dengan armada laiut tersebut, serangan telah dilakukan ke atas pulau Cyprus. Ummu Haram telah ikut serta dalam peperangan tersebut. Tentera Islam telah berjaya menewaskan tentera Romawi dalam peperangan itu. Ketika Ummu Haram turun dari kapal dan menaiki kuda tunggangannya, dia telah terjatuh dan meninggal kerananya. 

Kini, kubur Ummu Haram masih terdapat di persisiran pantai Cyprus. Orang di sana mengenalinya sebagai kubur seorang wanita solehah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP