CARI KANDUNGAN BLOG

KENAPA ALI DIGELAR ABU TURAB

December 8, 2016

Abu Turab ( Bapa Tanah) adalah gelaran buat Saidina Ali bin Abi Talib r.a.  Gelaran ini datang daripada rasulullah SAW sebagaimana disebutkan dalam sebuah riwayat dalam Saheا Bukhari:

 
حدثنا قتيبة بن سعيد حدثنا عبد العزيز بن أبي حازم عن أبي حازم عن سهل بن سعد قال:
:ما كان لعلي اسم أحب إليه من أبي تراب وإن كان ليفرح به إذا دعي بها جاء رسول الله صلى الله عليه وسلم بيت فاطمة عليها السلام فلم يجد عليا في البيت فقال ( أين ابن عمك ) . فقالت كان بيني وبينه شيء فغاضبني فخرج فلم يقل عندي فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لإنسان ( انظر أين هو ) . فجاء فقال يا رسول الله هو في المسجد راقد فجاء رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو مضطجع . قد سقط رداؤه عن شقه فأصاب تراب فجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسحه عنه وهو يقول :( قم أبا تراب قم أبا تراب)




 " Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Said daripada Abd Aziz bin Abi Hazim daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Said katanya: Tiad asatu gelaran yang lebih disukai oleh Ali bin Abu Tali selain daripada gelaran Abu Turab. Dia akan gembira jika dia dipanmggil dengan gelaran tersebut. Telah datang Rasulullah SAW ke rumah Fatimah r.a lalu tidak didapatinya Ali bin Abu talib di sana. Lantas baginda bertanya Fatimah anaknya:

" Di mana anak pakcikmu?

Lalu kata Fatimah r.a: "Antaraku dan dia ada sesuatu terjadi dan dia marah kepadaku, lalu dia keluar dan tidak memberitahuku".

Lalu Rasulullah SAW kepada orang (yang ditemuinya) : Carilah di mana dia.

Orang pun datang dan beritahu Rasulullah SAW: Dia sedang duduk di masjid .

Rasulullah SAW pun datang ke masjid dan didapati Ali bin Abu Talib sedang berbaring di sana sambil selendangnya jatuh daripada bahunya dan terkena tanah. Rasulullah mengambilnya dna menyapunya sambil berkata kepada Ali bin Abu Talib r.a:

" Bangunlah wahai Abu Turab!Bangunlah wahai Abu Turab.


Namun,  di kalangan Syiah pula ada penjelasan yang lain yang diriwayatkan dalam sumber-sumber ajaran Syiah.  Ia dikatakan digelarkan kepada Ali bin Abu Talib kerana dia dianggap bapa kepada bumi dan hujjatullah di bumi sesudah Rasulullah SAW. Orang-orang Syiah mentakwilkan firman Allah SWT:


 وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَابًا


 " Dan akan berkata orang kafir pada hari itu(Qiamat): aduhai! alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah"
(Surah An-Naba': Ayat  40)

Ayat itu dikatakan bermaksud orang-orang bukan Syiah akan menyesal pada hari Qiamat kerana melihat kelebihan yang telah Allah berikan kepada Ali dan pengikut Syiahnya. Lantas, keluarlah harapan dan keluhan tersebut kerana mengimpikan untuk menjadi pengikut Ali bin Abu Talib.

Jadi, menurut tafsiran Syiah. perkataan "turab" dalam ayat tersebut adalah orang-orang Syiah. Manakala "kafir" pula merujuk kepada yang mengingkari Ali bin Abu Talib. Ali digelar bapa kepada Turab yakni pemimpin kepada kalangan Syiah.

Tafsiran ini sungguh tidak berasas dan kelancangan terhadap ayat-ayat Allah SWT.  Lain yang Allah SWT ceritakan dalam ayat-ayat sebelumnya dan selepasnya, lain pula yang difahami mereka. Perkataan yang tidak harus ditakwil, mereka buat takwilan dengan berani dan semberono untuk meneguhkan jalan fikir ajaran mereka yang ghuluw dan menyimpang.

Ajaran Syiah adalah nombor wahid paling suka mentakwil ayat-ayat Allah SWT daripada makna asalnya.  Kemudian dicontohi pula oleh golongan Bathiniyyah dan seterusnya Suffiyyah yang berteraskan filsafat ketuhanan yang penuh dengan kepelikan dan kegajilan yang dinisbahkan kepada Islam.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP