CARI KANDUNGAN BLOG

KAUM DI SEBELAH MATAHARI TERBIT.

December 16, 2016

Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi: Ayat 90

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَىٰ قَوْمٍ لَمْ نَجْعَلْ لَهُمْ مِنْ دُونِهَا سِتْرًا


"Sehingga apabila dia (Zulqarnain) sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripada sinar matahari"

Siapakah kaum itu dan di manakah mereka tinggal?

Apa yang dapat disimpulkan, Quran tidak menjelaskan secara pasti siapakah kaum itu dan di manakah mereka. Itu bukan perkara penting dan tidka mengetahuinya tidak memandulkan iktibar daripada kisah pengembaraan Zulqarnain.

Namun, para mufassirin cuba mencungkil makna di sebalik ayat dengan pelbagai andaian dan pandangan. Dalam daurah ini, dibawakan satu pandangan tafsir yang dikemukanan oleh seorang ahli tafsir iaitu Syeikh Mutawalli Sya'rawi (1329-1419H/1911-1998M)

Kata Syeikh Sya'rawi dalam tafsirnya "Khawatir As-Sya'rawi", ayat ini menjelaskan bahawa Zulqarnain telah sampai ke satu kawasan yang mana penduduknya tidak ada penutup yang menutupi tubuh mereka dari cahaya matahari. Tiadanya penutup bagi tubuh mereka itu tiga kemungkinan:

a) Mereka tidak berpakaian seperti kaum-kaum tertentu di Afrika Tengah.

b) Mereka tidak tinggal dalam rumah yang melindungi mereka daripada matahari .

c) Kawasan itu tiada pokok kayu yang melindungi dari panas matahari seperti kawasan dataran luas savana atau gurun .

Bebeza dengan kaum yang ditemui Zulqarnain di sebelah matahari tenggelam, kaum di sebelah matahari terbit tidak disebutkan dakwah dan perlaksanaan peraturan. Ertinya kaum sebelah matahari tenggelam itu telah mencapai kemajuan dan punya tamaddun sedangkan kaum di sbelah matahari terbit itu mundur dan tidak ada kemajuan akal maupun material yang melayakkan mereka dikenakan peraturan.

Seterusnya Syeikh Sya'rawi juga menyebutkan pandangan sesetengah mufassirin yang mengatakan tempat Zulqarnain sampai itu adalah kawasan di mana siangnya enam bulan dan malamnya enam bulan. Matahari sentiasa kelihatan. Tempat itu adalah kawasan kutub utara.

Wallahu a'lam!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP