CARI KANDUNGAN BLOG

IBN JARIR AT-TOBARI

August 17, 2017

Nama Beliau adalah Abu Ja'far Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir bin Ghalib dan terkenal dengan nama Imam At-Tobari, pengarang kitab Tafsir bernama Jami'ul Bayan FiTa'wilil Quran (terkenal dengan nama Tafsir At-Tobari) dan kitab  Tarikh Umam Wal Muluk (terkenal dengan nama Tarikh Tobari).

Beliau lahir tahun 224H di sebuah bandar di Tibristan.

Sejak kecil beliau terkenal cerdik dan pintar dan hafal Quran sejak kecil. Bapanya selalu menggalakkannya dan menceritakan mimpinya tentang anaknya itu. Bapanya bermimpi melihat anaknya duduk depan rasulullah SAW dan membawa raga bersisi batu yang digunakan untuk melontar.  Ahli takwil mimpi memberitahu bapanya bahawa anaknya akan menjadi penasihat agama dan oorang besar di belakang hari. Bapa At-Tobari diriwayatkan menjadi cerita mimpinya itu sebagai cerita yang diulang-ulangkan untuk anaknya bagi membakar semangatnya.

Pada zaman At-Tobari, Mazhab Hambali menguasai daerah Iraq dan telah berlaki pertantangan antara pendokong mazhab Hanabalah dengan beliau. Beliau dilarang mengajar dan tidka diberikan tauliah untuk menyampaikan ilmu. Lalu beliau hanya berkurung dalam rumahnya sehinggalah beliau meninggal pada tahun 310H.

Beliau ditohmah dengan tuduhan sebagai Syiah. Puncanya adalah kerana beliau menzahirkan cintanya kepada Saidina Ali bin Abi Talib dan menyebutkan kelebihan-kelebihan Ali bait dalam karyanya. Tuduhan ini adalah melampau dan mencintai Ali Bait nabi adalah bahagian daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Beliau pernah berdebat dengan Daud Az-Zohiri dan Daud Az-Zahiri menulis menilis kitab menuduhnya sebagai rafidhah.

Beliau juga dituduh Syiah kerana banyak meriwayatkan daripada Lut bin Yahya yang dikenali sebagai Abu Mikhnaf. Abu Mikhnaf disebut oleh Az-Zahabi sebagai Syiah dan pendusta  dalam Siyar A'lam An-Nubala'.

Muridnya yang bernama Abu Bakar Ad-Dinuri meruwayatkan: 

أنه في يوم الاثنين الذي تُوفِّي فيه ابن جرير طلب ماءً ليتوضأ أو ليجدد وضوءه، فقيل له: تُؤخِّرُ صلاة الظهر - التي كان يستعد لها - وتجمع بينها وبين العصر؛ لأن الله سبحانه رخص الجمعَ بين الصلاتين للمريض وأهل الأعذار في حديث ابن عباس وأبي هريرة وغيرهما، لكنه رحمه الله أبى، وصلى الظهر مفردة، والعصر في وقتها، صلاهما أتمَّ صلاةٍ 
وأحسنها، ثم توفي في آخر اليوم.


Ibn Jarir adalah dari kalangan ulama al-'Uzzab.











0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP