CARI KANDUNGAN BLOG

MUJAHID

August 14, 2017

Siapakah Mujahid?

Dalam kitab-kitab tafsir seperti, namanya sering disebut.

Beliau adalah Mujahid bin Jabr (Atau disebut juga Jubair).Lahir pada tahun 21 H dan meninggal pada tahun 104H. Beliau adalah hamba kepada As-Saib bin Abi As-Saib Al-Makhzumi Al-Qursyi. Beliau merupakan seorang imam, faqih, tsiqah dan Ahlul Hadis. Beliau cemerlang dalam qiraah dan tafsir Al-Quran serta  periwayatan hadis.

Mujahid berguru dengan para sahabat terutamanya Ibn Abbas. Beliau telah membentang bacaan Qurannya depan Ibn Abbas sebanyak 3 kali dan setiap kali itu dia akan berhenti pada setiap ayat dan bertanyakan tentang tafsirnya dan sebab nuzulnya.

Beliau juga berguru dengan Aisyah, Abu Hurairah, Ibnu Umar, Jabir bin Abdullah, Saad bin Abi Waqqas, dan Abu Said Al-Khudri.

Di antara murid-murid Mujahid adalah Ato', Ikrimah, A'masy dan ramai yang lain.  Tiga orang tokoh dan imam dalam Qiraatul Quran iaitu Ibn Mahison, Ibn kathir dan Abu 'Amru bin 'Ala' Al-Basri  adalah antara yang berguru dengannya.

Oleh kerana ketinggian ilmunya dalam bidang Al-Quran, Imam As-Thauri berkata:

" Ambillah ilmu Tafsir daripada 4 orang iaitu, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah dan Ad-Dhohak".

Beliau punya kitab tafsir sendiri yang dinamakan "Tafsir Mujahid"

Imam Az-Zahabi meyebutkan dalam Siar A'lam An-Nubala'  riwayat-riwayat dari pelbagai tokoh yang memuji kupayaan ilmu dan keperibadian Mujahid.


قال الأعمش : كان مجاهد لا يسمع بأعجوبة إلا ذهب فنظر إليها ، ذهب إلى بئر برهوت بحضرموت ، وذهب إلى بابل وعليها وال صديق لمجاهد , فقال له مجاهد : تعرض علي هاروت وماروت ، فقال اليهودي : يشترط أن لا يدعو الله عندهما ، قال مجاهد : فذهب بي إلى قلعة فقطع منها حجرا ثم قال : خذ برجلي فهوى بي حتى انتهى إلى جوبة ، فإذا هما معلقين منكسين كالجبلين العظيمين ، فلما رأيتهما قلت : سبحان الله خالقكما ، فاضطربا فكأن جبال الدنيا تدكدكت ، فغشي علي وعلى اليهودي ، ثم أفاق اليهودي قبلي فقال : قم قد أهلكت نفسك وأهلكتني.


Rujukan Tambahan:Alsofwa

Mujahid meninggal pada tahun 100H ( atau 101, 102, 103 dan 104H berdasarkan khilaf riwayat)  dalam keadaan sedang sujud dan usianya ketika itu adalah 80 tahun lebih.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP