CARI KANDUNGAN BLOG

JUBAIR BIN NUFAIR AL-HADHRAMI

August 15, 2017

 Beliau adalah dari kalangan "kibar Tabi'in".

Lahir pada zaman jahiliyyah dan masuk Islam pada zaman nabi  SAW ketika beliau di Yaman. Beliau tidak bertemu dengan nabi dan kerana itu tidak dibilang kalangan sahabat.

Anaknya Abd rahman meriwayatkan hadis daripada Jubair bin Nafir:


أدركت الجاهلية وأتانا رسول رَسُولِ الله صَلَّى الله عليه وسلم باليمن فأسلَمْنا
" Aku hidup pada zaman jahiliyyah dan telah datang kepada kami di Yaman berita kenabian Rasulullah, lalu kami pun masuk Islam".


Ada pendapat mengatakan juga bahawa dia masuk Islam di zaman Abu Bakar.

Beliau datang ke Madinah pada zaman Abu Bakar dan kemudian menetap di Homs

Jubair meriwayatkan hadis daripada Abu Bakar, Umar, Mu'az, Abu Zar, Abu Darda', Miqdad dan Abu Tsa'labah.

Daripadanya pula meriwayatkan hadis oleh Ali bin Al-madini, anaknya Abdul Rahman, Khalid bin Ma'dan dan lain-lain .


Beliau meninggal pada tahun 80 hijrah pada zaman pemerintahan Abdul malik bin Marwan. Usianya 120 tahun.

Antara hadis yang diriwayatkan menerusi jalan Jubair bin Nufair adalah:

مَثَلُ الَّذِينَ يَغْزُونَ، وَيَأْخُذُونَ الجُعَلَ يَتَقَوَّوْنَ بِهِ عَلَى عَدُوِّهِمْ، مَثَلُ أُمِّ مُوْسَى تَأْخُذُ أَجْرَهَا وَتْرْضِعُ وَلَدَهَا
" Perumpamaan orang yang berperang (Fi sabilillah) dan mengambil Ju'al untuk menguatkan dirinya mendepani musuhnya, seperti ibu Musa yang mengambil upah untuk menysuskan anaknya".
* Jua'h bermaksud satu bentuk elaun ataus satu kerja yang diminta siapkan....



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP